follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Saturday, 30 July 2011

qiamullai ~

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
hari nie kembi nak citer tentang qiamullai
kenapa?
sebab kembi baru jew balik dari melakukan qiamullai~
ustazah kembi cakap kalau nak buat solat sunat tahajud
kita kena tidur dahulu..
walaupun seminit,,,
tadi selepas buat solat sunat tahajud
imam suruh kami semua buat solat sunat tasbih
kali pertama kembi buat solat nie
solat sunat tasbih nie 4 rakaat, 2 niat dan 2 salam
setiap satu rakaat 75 kali tasbih..
mesti pembaca semua tertanya-tanya tasbih apa kembi baca..
kembi baca tasbih yang imam cakapkan
"subhanallah walhamdulillah walailah haillallah wauwah huakhbar'
ini kali pertama kembi buat solat nie..
tasbih ini dibaca selepas alhamdulillah dan surah sebanyak 15 kali,
seterusnya 10 kali stiap satu tindakan atau gerakan..
semasa rakaat pertama, tasbih hanya ada 65 kali sahaja
mana lagi sepuluh?
sepuluh ini selepas sujud dan sebelum takbir..
selepas tu kembi buat solat sunat hajat
minta supaya dapat ketenangan semasa menjawab exam.
lagi kembi minta ketabahan, kecekalan, kesabaran dan kejayaan di dunia atau di akhirat
last kembi buat qiamullai semasa darjah 6 sebelum UPSR
tahun ni kembi PMR Candidate
kembi rasa takut sangat
sebab itulah kembi minta doa supaya kembi bertenang dan tabah..

pembaca mesti boring dengan cerita kembi kan?
sampai disini sahajalah post kembi
kalau pembaca semua ingin tahu lebih lanjut dengan solat sunat tasbih
bolehlah merujuk kepada ustazah atau ustaz..

assalamualaikum..




Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Saturday, 23 July 2011

masalah

semakin kita membesar, kita akan tabah untuk menghadapi sebarang masalah. disitu la kita akan belajar bagaimana hendak menjadi seorang yang sabar mengendalikan masalah.. kadang-kadang kita akan lari dari masalah kerana kita tidak tabah dan kuat hendak menghadapinya,, tapi, kita kena fikir bahawa masalah tidak akan hilang begitu sahaja kecuali kita yang menyelesaikannya.. masalah akan bertambah jika kita lari dari masalah.. masalah akan muncul dalam sekelip mata. hanya dengan kesabaran, ketabahan, kekuatan, dan keimanan akan dapat menyelesaikan masalah







Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

cinta


CINTA
by Nur Tarwiyah on Monday, June 20, 2011 at 3:59pm
bila cinta itu hadir
perasaan menjadi tidak keruan
hati berdebar-debar dengan kuat
menjadi takut terhadap perasaan sendiri
tetapi cinta tidak boleh dipaksa pergi
kerna cinta itu ikhlas, abadi dan sejati
bila diri sedia menerima
perasaan itu semakin berkembang
disitulah pelbagai dugaan yang datang
menjadikan suasana ego menjelma
sikap beralah dan maaf memaafi tidak ada
kerna sifat sifat cemburu yang berkuasa
mulut kata lain hati kata lain
perasaan ego dan cemburu semakin tinggi
perasaan maaf hilang tanpa kata
membuatkan diri yang merana
walaupon hati kata sayang
mulut tidak pernah berkata
membuatkan perasaan marah yang ada
walaupon cinta segunung Averest
kalau tiada bicara tiada guna
kerna lebih sayangkan ego yang tinggi
diri yang sengsara
rindu selalu ada tetapi selalu kalah
ego selalu hadir bersaing dengan rindu
membuatkan hati keliru
kerna ego yang tinggi
biarlah cinta itu dihati
tidak terluah nak dibicara
kerna sifat itu masih ada.
simpanlah cintaku dihatimu,
kenangkanku saat rindumu hadir.
yang ikhlas :)




Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis