follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Saturday, 30 July 2011

qiamullai ~

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
hari nie kembi nak citer tentang qiamullai
kenapa?
sebab kembi baru jew balik dari melakukan qiamullai~
ustazah kembi cakap kalau nak buat solat sunat tahajud
kita kena tidur dahulu..
walaupun seminit,,,
tadi selepas buat solat sunat tahajud
imam suruh kami semua buat solat sunat tasbih
kali pertama kembi buat solat nie
solat sunat tasbih nie 4 rakaat, 2 niat dan 2 salam
setiap satu rakaat 75 kali tasbih..
mesti pembaca semua tertanya-tanya tasbih apa kembi baca..
kembi baca tasbih yang imam cakapkan
"subhanallah walhamdulillah walailah haillallah wauwah huakhbar'
ini kali pertama kembi buat solat nie..
tasbih ini dibaca selepas alhamdulillah dan surah sebanyak 15 kali,
seterusnya 10 kali stiap satu tindakan atau gerakan..
semasa rakaat pertama, tasbih hanya ada 65 kali sahaja
mana lagi sepuluh?
sepuluh ini selepas sujud dan sebelum takbir..
selepas tu kembi buat solat sunat hajat
minta supaya dapat ketenangan semasa menjawab exam.
lagi kembi minta ketabahan, kecekalan, kesabaran dan kejayaan di dunia atau di akhirat
last kembi buat qiamullai semasa darjah 6 sebelum UPSR
tahun ni kembi PMR Candidate
kembi rasa takut sangat
sebab itulah kembi minta doa supaya kembi bertenang dan tabah..

pembaca mesti boring dengan cerita kembi kan?
sampai disini sahajalah post kembi
kalau pembaca semua ingin tahu lebih lanjut dengan solat sunat tasbih
bolehlah merujuk kepada ustazah atau ustaz..

assalamualaikum..




Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

No comments: