follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Sunday, 28 August 2011

balik kampung

huhuhu~
hari nie adalah hari yang paling mengembirakan hati
kenapa ? why ?
because
---------------------------------------------------------
hari nie kembi and family akan pulang ke kedah..
tak sabar rasanya..
eh,, terlupa pulak.
assalamualaikum..
hari ni juga adalah hari last puasa bagi umat islam.besok dah raya..
kembi masih tak bertolak lagi..
semua orang dok tido lagi..
maybe kembi balik petang..
doakan kembi selamat kat atas jalan raya nanti..

dan kembi juga ingin menguncapkan

selamat hari raya !

jom usha kat bawah..
apa yang kembi post lagi..
huhuhu~


jom balik kampung !

pandu kereta elok2 yea !
ingatlah orang tersayang !




huhuhu~ bye2..







Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Saturday, 27 August 2011

lagu-lagu time raya

assalamualaikum dan salam wahsalan..

hari nie kembi nak citer tentang
perjalanan pulang ke kampung
tahun ni kembi balik rumah mak long kembi
di padang serai, kedah
raya 4 atau ke 5 kembi
ke ipoh, perak
tak sabar rasanya nak pulang
ke kampung..

mari dengar lagu balik kampung by sudirman

 

lepastu dengar lagu raya pulak..

kalau nak dengar just klik jew oke.

so selamat hari raya kembi uncapkan..


 

Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Wednesday, 24 August 2011

jalan TAR

hari nie kembi nak citer.. <3 <3

semalam lepas balik sekolah
kembi and family pergi ke jalan TAR..
masa tu dalam pukul 3.30 petang dah.
sampai sana terus pergi cari
baju raya..
tahun nie kembi nak pakai jubah..
bila cari je
tak jumpa..
kalo jumpa pun tak ada saiz..
tahun nie kembi and family
dah cadang nak bertema
temanya 'ungu'
kembi cari lagi baju jubah..
sampai nak berbukalah..
last-last tak beli langsung..
time nak berbuka
barulah keluar dari jalan TAR..
kembi berbuka kat kampung baru.
juara tomyam dekat dengan rumah lama kembi..
kat kawasan juara tomyamlah
tempat kembi adik beradik bermain.
miss rumah lama..

kat sini jelah kembi post..
lain hari
kembi post lagi..





Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Friday, 19 August 2011

raya mari !

hahahahaXD
hari ni kembi nak citer tentang RAYA!!

bile dengar jew lagu raya pasti kembi rasa gembira..
lagi 9 hari nak raya..
sepanjang kembi berpuasa pada tahun ini,
kembi tak pernah rasa macam kembi berpuasa..
entah la..
antibodi kembi kuat menahan lapar dan dahaga..

bila raya mari
pasti ramai yang balik kampung..
kembi ???
kembi and family mana ada kampung..
opah belah ayah kembi tak pernah jumpa..
dari kecik hinggalah kembi 15 tahun..
opah kembi dah meninggal..
tok belah mak pulak duduk dengan kembi..
so kembi mana ada kampung..

TETAPI
kembi akan balik rumah mak long di kedah..
lepas balik kedah..
kembi akan singgah di ipoh.
kembi ada ramai anak saudara di ipoh..

tiap-tiap tahun..
bile balik kampung jew..
kembi akan balik malam raya..
time tulah rasanya nak raya meluak-luak..
tapi malam raya juga
kembi and family
akan pergi ke Jalan TAR, chowkit and Jalam Masjid India..
time tulah nak beli barang-barang raya.
beli T-shirt, kasut and kelengkapan raya..
bila dah dekat 12 malam
barulah bertolak ke kedah..



di atas adalah kumpulan sepah..
kembi minat sangat kat group sepah nie..

dengarlah lagu raya bila dah dekat nak raya..
pasti perasaan ingin raya sekarang juga..





bila dengar jew lagu dari senario..
pasti nak gelak sakan..

sampai disini je la kembi post..
kembi nak taruh pic raya banyak2 kat dalam post ni..

jom cari pic..

meh tengok apa kembi post..









huhuhu~
sampai disini saja..
assalamualaikum..




Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Wednesday, 17 August 2011

kenali diri saya

hari ni kembi nak citer time kembi kat sekolah tadi.. bila kembi puasa semestinya kembi tidak boleh duduk diam.. kembi akan berjalan pusing2 kelas.. kembi berasa tidak bentah duduk diam.. kalu kembi tidak melakukan sesuatu, kembi pasti akan berasa sangat lapar.. kalau kembi bercakap, berjalan atau lebih mudah melakukan sesuatu yang memerlukan kerja kembi tidak akan berasa lapar.. entah kenapa.. pelikkan kembi ni..

kita abaikan di atasnya!
tadi kat sekolah kembi and kawan kembi namanya suriani. kembi suka berkawan dengan suriani. kerana kembi dan suriani mempunyai banyak persamaan. kembi dan suriani bercerita tentang kami di tingkatan satu.. suriani masuk sekolah SMK(P)Air Panas semasa pertengahan bulan 2 rasanya. kembi tidak pernah tegur suriani semasa kami di tingkatan satu.. tetapi bagi suriani pulak, kembi adalah pelajar sombong kerana raut wajah kembi menampakkan kembi sombong. sebenarnya kembi ni jenis yang muka serius.. orang yang tidak kenal kembi sahaja akan berkata yang kembi sombong dan tidak suka senyum.. orang yang kenal kembi walaupun sedikit yangorang tu tahu pastinya akan tahu yang kembi ni jenis yang periang dan suka ketawa. adik kepada suriani iaitu Hana juga berkata bahawa kembi ni sombong (p/s: hana just citer dekat suriani sahaja) sebenarnya tidak.. kembi tidak suka senyum ? oh nope.. salahnya pembaca semua. kembi suka senyum tetapi senyuman kembi tidak akan nampak.. orang yang benar-benar rapat dengan kembi sahaja akan dapat melihat senyuman kembi.. sesiapa yang ikhlas melihat kembi akan dapat melihat senyuman kembi.. bukan kembi kedekut untuk memberikan senyuman.. kembi tidak pernah kedekut.. mungkin mereka tidak nampak senyuman yang terukir di bibir comel kembi. yang jelas terpancar di wajah kembi hanyalah wajah serius semata-mata. kadang2 kembi akan jadi gila2 sikit akibat terikut kawan2. kembi juga suka bergelak ketawa bersama rakan2 kembi. orang yang kenal rapat dengan kembi sahaja yang tahu perangai  kembi bagaimana.. kalau pembaca semua ingin tahu lebih banyak tentang kembi.. jadilah kawan kembi dan followlah kembi.. :)


berbaju kuning ialah kembi dan berbaju ungu kembar kembi


muka kembi kelihatan serius walaupun senyum..


walaupun begini kembi kelihatan seris juga..

ada satu pic yang menampakkan kembi tidak serius dan bergelak ketawa





Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Monday, 15 August 2011

berjuang

apabila senapang diangkat
maka bersiap sedialah
bunyi tembakan mencecah sunyi di hari
bunyi bom meletup
di sana sini
hati ini marah
dengan keganasan ini
hati ini mahu berjuang
menentang musuh
walau tiada kepakaran
biarlah diri ini menentang
menentang musuh
yang tidak kenal erti kasihan
walau diri ini tumpas
akan diri ini terus berjuang
menentang musuh













Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

kenali diri saya

kalau pembaca ingin tahu
kembi tidaklah pandai dalam blogger nie..
kembi tidak mempunyai keistimewaan pun
banyak kekurangan sahaja

terdapat banyak kekurangan dalam diri kembi berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai IT berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai memujuk berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai beramah berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai memilih berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai menjaga budak berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai berfesyen berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai bermake-up berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai bergaya berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai berlakon berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai menyanyi berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai melukis berbanding kembar kembi
kembi tidak pandai berlawan berbanding kembar kembi

dan kembi juga seorang
pemalu
serius
tegas
tidak kuat
tidak berani
tidak pandai


kembi hanya pandai menulis kata-kata
tetapi kembi tidaklah sehebat seorang penulis
kembi hanya kuat berangan
tetapi kembi tidaklah terfikir ingin menjadi penulis
kembi hanya pandai bercerita
tetapi kembi tidaklah mahu menjadi penulis

tetapi kembi berusaha
menutup segala kekurangan kembi
kembi ingin berusaha dengan gigih






Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis