follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Sunday, 30 October 2011

aku tak layak untukmu bab 4

pagi-pagi aku dah bangun untuk menunaikan solat subuh. bila esha dan iqmal balik terpaksalah aku menjerit di pagi yang indah ini untuk membangunkan dorang. bau nasi lemak membangkitkan naluri aku untuk turun makan. la, tak siap lagi. aku membantu mak menyediakan nasi lemak.
"leyya.. ayah ada cakap apa-apa tak leyya ?" tanya mak kepadaku.
"ada mak.. entahlah mak. semalam ayah tanya leyya sama ada leyya tahu tak yang abang nak khawin.. leyya cakaplah leyya tahu. nape mak ?" jawabku jujur.
"leyya dah tahu kenapa ayah buat macam tu ?"
"dah mak.. ayah bagi tahu leyya semalam.. sepatutnya ayah tak boleh buat macam tu sebab ayah nak tengok kiteorang senang walhal hati abang, perasaan abang ayah tak ambil kira."
"ayah kamu dah cerita kat mak. abang kamu dah setuju tetapi dia nak jumpa dulu bakal isteri dia."
"baguslah kalau macam tu. kalau abang dah setuju, ayah taklah susah hati memikirkan perkara ini."
"betul tu leyya.. dah.. panggil dorang turun makan." mak menyuruh aku memanggil dorang turun makan.
aku menaiki tangga keatas. aku terserempak dengan ayah dekat ruang rehat diatas. aku meminta maaf sebab menyakitkan hati ayah. dan ayah juga memaafkan aku dan ayah juga meminta maaf.. seronok dan perasaan serba salah itu sudah tidak ada.
mengejutkan esha dan iqmal memang susah. terpaksa menjerit pagi-pagi buta macam nie. esha bangun dengan malasnya ke bilik air diluar. iqmal aku malas nak kejutkan. iqmal tidur dibilik aku tetapi diatas lantai. katanya dia malas nak ganggu abang dengan keadaannya yang tak stabil tu.
aku ketuk pintu bilik abang. aku memekik namanya dari luar.
"abang.. abang.. mak panggil makan.." pekikku.
tak buka juga. aku memulas tombol pintu abang. aku tengok, bilik dia macam tongkang pecah jew. huisshh, teruk yew ! bau busuk dari mana ni. pakaian kotor bersepah-sepah kat atas lantai. berlonggok macam sampah ! geramnya dengan abang aku sorang nie !
aku keluar selepas tengok abang aku tiada. rupa-rupanya didalam bilik air. huh ! jenuh cari rupa-rupanya di bilik air. aku menyanyi kecil sambil turun dari tangga. ayah baru sahaja habis makan dengan mak.. lambat sangat kot aku pangil dorang turun.
esha baru sahaja keluar dari bilik air dekat dapur, sebab bilik air atas abang guna. aku tarik kerusi sebelah esha. iqmal dan abang turun bersama, mungkin abang kejutkan iqmal sebab aku tak tutup pintu bilik. makan dalam keadaan senyap membuatkan aku tertanya-tanya. selalunya aku makan sorang-sorang pon senyap. dah makan beramai pon senyap.. pening kepala aku kalau senyap jew..
selesai semuanya, aku dan esha mengemas didapur.. kemas apa yang patut jew la. esha membasuh pinggan manakala aku pulak membersihkan meja dan menutup makanan yang terhidang dengan menggunakan tudung salji.
abang memberikan kata putus yang dia nak berjumpa dahulu bakal isteri dia sebelum dia bersetuju. aku hanya mendengar tanpa sebarang komen. ayah terima semua keputusan abang walaupun keputusan yang akan datang agak pahi.
esha dan iqmal tengok TV, ye la seminggu kat asrama mana ada TV. aku masih menyiapkan kerja diatas meja makan sambil-sambil tu aku tengok juga TV cerita kartun. pagi-pagi macam ni hari sabtu pula tengok kartunlah menjadi pilihan.
"esha.. besok jom keluar !" tanyaku kepada esha.
"keluar.. urmm,, boleh juga. esha pun dah lama tak keluar dengan leyya.. boleh beli barang nak bawak balik."
"iqmal nak ikut juga !" jerit iqmal membuatkan telinga aku dan esha sakit..
"iqmal ! jangan jerit la. boleh diam tak ?!" marah esha. itulah perangai dia.. suka marah orang. aku kembar dia pun selalu kena marah and kena arah..
"kalau iqmal nak ikut boleh tapi.. nak beli barang atau apa-apa pun, duit sendiri.. no money no talk okey !" kataku cuba meredakan perasaan sedih dalam hati iqmal..
"okey.. bile nak pergi ?" iqmal memberi perhatian kepadaku.
"sekarang la.. boleh lepak-lepak or jalan-jalan.." jawab esha mungkin tidak sabar nak keluar. ye la dekat asrama nak keluar pun malas..
aku, esha dan iqmal selepas makan tengahari dirumah. abang iqram tak dapat ikut sebab ada hal.. aku membawa kereta ke Mid Valley. senang sikit, aku ingat nak beli novel baru. esha dan iqmal mungkin nak beli biskut or apa-apa sahaja yang boleh dibawa ke asrama..
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Saturday, 29 October 2011

aku tak layak untukmu bab 3

duduk menghadap TV ni lebih baik dari tengok telefon. aku duduk di kerusi yang kosong bersebelahan dengan ayah.. cerita orang puteh nie kadang-kadang best and sometimes tak best. aku pun layan jew cerita orang puteh nie, yang berjudul cinderella.. best giler ! aku berdiri mahu ke dapur semasa iklan.. tekak dah menjerit nak air..
"nak ke mana tu leyya ? temankan ayah tengok TV nie !" ayah berkata semasa aku bangun untuk bergerak ke dapur. mungkin ayah ingat aku hendak naik ke bilik. tetapi aku hanya nak ke dapur, nak minum air..
"tak la yah.. leyya nak pergi buat air.. haus la. ayah nak air kew ? kalau tak leyya buatkan.." kataku kepada ayah.
"boleh juga kalau dah leyya nak buat air." ayah meminta aku membuatkan air untuk dia juga. aku hanya mengikut arahan.. yess bosss !
aku nak buat air ?! hanya air milo jew yang korang boleh rasa. aku hanya tahu buat satu air sahaja iaitu milo. dulu aku nak buat air pun liat,, hanya order jew dari nenek aku. tapi nenek aku dah tiada. kenalah belajar berdikari sikit.
buat air milo senang jew, kalau nak sedap kenalah tahu sukatan berapa nak kena bubuh. saiz cawan atau gelas pun diambil kira oleh aku.. hahahaha.. lagi sedap kalau air milo 'o' ais.. perrgghhh sedap ! apasal aku cerita camne nak buat air milo plak nie..
aku beredar sambil memegang dua gelas air milo panas.. aku tahu ayah tak suka air sejuk. bila dah tua nak minum air sejuk manalah boleh. nanti sakit pulak.. aku tengok ayah pandang TV khusuk. tak pandang pun aku yang sedang hampiri dia.
"nah yah ?" aku beri air milo panas buatan aku kepada ayah..
cerita cinderella orang puteh ni best sangat-sangat sampai aku tak bangun-bangun dari tempat duduk. habis jew cerita aku bergerak ke bilik air. mahu membuang air kecil yang dah tak tertahan-tahan dari tadi. masa nak naik bilik aku macam terdengar ayah memanggil nama aku jew.
"ayah panggil leyya kew ?" tanyaku minta kepastian.
"leyya.. kamu dah tahu tentang perkhawinan abang kamu ?" tanya ayah kepadaku.
macam mana nak jawab ? kalau aku cakap, takut ayah kecik hati. tak apalah cakap jew. ayah nak terima atau tak terpulang, tetapi ayah mesti juga tahu apa yang cuba aku sampaikan.
"dah ayah. ayah tak patut buat abang macam tu !" jawabku kepada soalan ayah.
"ye, memang ayah tak patut buat cam tu. tetapi ini semua untuk kebaikan abang kamu juga."
"kebaikan apa pula ayah ?" jawabku secara tak sengaja terkasar bahasa.
"kebaikannya, abang kamu dapat kesenangan, masa dia kecik tak pernah dia senang, tapi bila dia dah besar biarlah ayah nak dia senang."
"ayah.. tapi kebahagian abang ayah tak ambil kira pula ? ayah tak bolehlah buat abang macam tak ada perasaan."
"lagipun, keluarga dorang ayah kenal leyya. dorang pun dah setuju nak abang jadi menantu dorang. dorang nak tengok anak dorang bahagia leyya."
"bahagia ? bakal isteri abang tu nampak bahagia kew kalau dia pun tak kenal abang ? leyya tak rasa cam tu ayah."
"entah la leyya.. ayah tak tahu macam mana nak buat abang faham dengan situasi ini."
"ayah.. leyya sendiri pun tak faham. leyya akui, leyya tak sepatutnya masuk campur hal abang dan ayah. tapi sebagai adik, leyya tak nak abang bersedih dikemudian hari."
"ayah faham leyya tak nak abang bersedih, tapi ni kebahagian kamu semua juga."
"kebahagian kiteorang ? apa maksud ayah ? leyya tak faham.."
"leyya, ayah tak ada harta dan ayah tak nak anak-anak ayah terabai dimasa akan datang kelak. bila abang kamu dah senang nanti, dia boleh tolong kamu adik-beradik."
"tapi ayah.. leyya tak nak kebahagian macam tu. kenapa abang yang nak kena tanggung semua ini. kita kena fikirkan tentang kebahagian abang juga. mana boleh kita nak fikirkan tentang diri sendiri jew.. leyya tak nak abang khawin kerana ayah nak tengok kiteorang adik beradik bahagia.. leyya tak nak jadi sellfish !" kataku seperti machine ghun yang terus-terusan nak menembak.
"leyya.. ayah tak tahu nak buat apa. ye memang ayah tak patut buat macam tu. tapi ayah tak boleh nak cakap apa kalau keluarga pihak perempuan tu yang nak abang jadi menantu dorang. dorang datang jumpa ayah dekat rumah untuk merisik abang." jawab ayah seperti menjerit kerana geram aku tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh ayah.
"ayah.. leyya tak tahu nak cakap apa. kalau dorang yang datang merisik abang. tapi ayah tak patut bagi keputusan yang abang dah setuju. sepatutnya ayah kena bincang dengan abang sebab ni kebahagian dia."
"ya ayah salah.." selepas ayah ucap perkataan ayah salah, terus ayah beredar dan aku ? termanggu-manggu di sofa.
aku terdiam. adakah kata-kata aku buatkan ayah sakit hati.. arrgghh.. parah ni. terduduk aku kat sofa sebab terlalu risau kalau-kalau ayah terkecik hati kat aku. tetapi aku cuba nafikan tapi kebenaran yang aku dah sakitkan hati ayah. tak dapat aku lupakan kejadian tadi. macam mana aku berdebat dengan ayah walhal aku tak patut masuk campur pun tentang hal ayah dan abang.
jenuh aku memikirkan situasi tadi. aku naik kebilik selepas lampu dan kipas di padam.. berani tak berani dah satu tanggungjawab aku untuk memastikan kipas dan lampu terpadam. aku seorang yang tidur lambat kerana aku kena menyiapkan senua tugas-tugas aku sebagai seorang student di UITM Shah Alam.
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Friday, 28 October 2011

aku tak layak untukmu bab 2

5 tahun sebelumnya

"mak, ayah.. leyya dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. esha pun dapat mak.." kataku bangga kerana dapat masuk ke sekolah beasrama penuh.
"esha nak masuk boleh tak mak ?" esha pula menanya
"leyya, esha.. mak dan ayah bukan tak nak bagi tapi kamu sanggup nak tinggalkan mak dan ayah sendiri. abang dan adik kamu pula kat asrama. kamu berdua pula nak tinggalkan mak.." kata mak dengan nada sedih.
kelihatan ayah baru balik. mak, aku dan esha bersalam dengan ayah yang baru pulang mencari rezeki.
"dengar dari luar tadi bukan main riuh lagi korang bersembang.. sembang pasal apa ?" tanya ayah.
"tak.. esha dan leyya nie dapat tawaran ke sekolah berasrama.. esha kat tapah dan leyya pula kat alor star jauh nun utara" kata mak kepada ayah. muka ayah kelihatan gerun untukku tatap.
"ayah tak benarkan korang masuk ! keputusan PMR korang bukannya 8 A.. jangan nak berangan la.." kata ayah dengan nada geram.
"tapi ayah,, keputusan esha 7A 1B jew.. bagilah esha hidup berdikari.. iqmal boleh nape esha tak boleh !" kata esha dengan kuat. kalau esha yang cakap keputusan macam tu tak ada siapa yang berani nak melawan termasuk kembarnya sendiri, aku la tu..
"leyya pun nak pergi SBP.." kata aku
"leyya nak pergi ? dengan keputusan yang macam tu ?" kata ayah sinis. aku tahu aku tak dapat pergi ye la aku bukan anak kesayangan ayah mahupun mak. mak dan ayah lebih bangga dengan abang ikram, esha dan iqmal.
"bolehlah yah.. leyya dapat 6A2B dikira okey apa.." kata aku mahu masuk juga SBP..
"ayah tak benarkan leyya masuk !" tegas kata-kata ayah.
"esha boleh tak ayah ?"
"mestilah boleh.. esha kan pandai. ayah bangga dapat anak macam esha."
"yess! leyya kena belajar rajin-rajin macam esha, barulah dapat masuk SBP.." kata esha kepadaku sinis.
aku tahu aku tak pandai macam esha, abang dan iqmal. tapi bagilah aku peluang nak hidup bebas, aku tak nak terkongkong macam ni. argghh !!! aku berlari masuk ke bilik. aku nak sangat belajar berdikari tapi kenapa aku tak boleh pergi. kenapa esha boleh pergi ? aku menangis sepuas-puasnya.
mak meluru masuk kebilikku. mak memujuk aku supaya terima semuanya ini sebagai dugaan hidup. bagaimana aku nak terima sedangkan ayah asyik dengan esha sahaja. sedih sungguh aku. mak memberi nasihat suapaya aku boleh menerima semua ini.
mak keluar selepas memujuk aku. lama juga nak memujuk aku, ye la akukan susah nak dipujuk, tak makan saman ! aku terfikir mungkin ada hikmahnya aku tak pergi. lagipun mak dan ayah tak ada siapa nak jaga. abang ikram nun jauh di london. iqmal pula disekolah berasrama penuh. aku dan esha sahaja yang menjadi penyeri rumah ni.
lebih baik esha yang pergi kerana keputusannya lebih bagus dari aku. sedih juga keputusan aku tidak sebaik dia. walaupun aku tidak dapat masuk ke SBP tapi aku bangga pernah ditawarkan sekolah kluster nie. aku dapat terima semua keputusan ini walaupun agak berat. aku reda mungkin dah tertulis suratan ini.
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Wednesday, 26 October 2011

aku tak layak untukmu bab 1

aku mengetuk pintu dan memberi salam. ibu menjawab salam aku dan membuka pintu kepadaku. aku pelik dengan suasana tegang kat ruang tamu ni. esha dan iqmal pun ada ! bila dorang sampai.. bukan nak bagi tahu aku dorang ni balik.. huhu..
abang dengan muka tegangnya aku salam.. kena hormat, ye la diakan abang.. mak dan ayah tidak dilupakan. esha merapati aku hendak salam. iqmal terpaksa aku menyuruh. ye la dah besar budak nie, bila dah besar bukan reti nak hormat orang yang lagi tua.. dah tua kew aku ni ? baru 20 tahun..
esha, iqmal dan abang naik keatas. apahal pulak ni. aku baru jew balik, ingatkan boleh lerh sembang-sembang dulu sebelum aku mandi..mak dan ayah berpandangan sambil menggelengkan kepala.
aku yang masih diatas sofa bangun untuk naik keatas. masa pertengahan jalan, aku mendengar mak mengeluh. hai, kuat sungguh mak mengeluh kali ni. kenapa mak mengeluh, sebelum nie tak pernah pun aku dengar mak mengeluh. aku dan yang lain dah balik tak kan mak nak mengeluh juga. mungkin ada apa-apa yang aku tak tahu ni. tak apalah, lepas mandi akan aku soal siasat mak..
keluar je dari bilik yang dikongsi dengan esha, aku pun turun ke dapur. esha dan iqmal masih kat dalam dengan buah hati dorang.. tak boleh nak berpisah langsung ! asyik berkepit je dari tadi.. kadang-kadang telefon pun nak berehat juga..
didapur mak sedang mentanak nasi dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak.
"mak.. kita nak masak apa ?" kata aku sambil memotong sayur sawi.
"masak sambal udang dan kuah sayur.. adik kamu tu bukannye makan pedas."seloroh ibu kepadaku.
"kenapa tadi tu mak ?" tanyaku ingin tahu
"ayah kamu dah masuk merisik..."
"merisik ? saper mak ? leyya kenal tak ?" tanyaku memotong percakapan mak.
"ishh.. kamu nie ! mak tak habis cakap lagi kamu dah potong"
"sorry la mak.. leyya tak sabar sebenarnya nie.. okey-okey mak sambung la balik.."
"urmm,, ayah kamu nak sangat berbesan dengan kawan lama dia.. dah masuk merisik pun. dorang pun dah bagi kata putus, setuju."
"ha ! biar betol mak ? habis tu abang terima tak ? and lagi satu, abang tahu tak ?"
"tu yang tadi tengah bincang. abang marah sangat kat ayah kamu tu. mak tak boleh nak kata apa la.. bila ayah kamu dah bagi kata putus, nak tak nak terpaksalah abang kamu terima."
"saper bakal kakak ipar leyya mak ?" kataku mahu berjenaka..
"ish.. kamu nie.. diam sikit.. karang abang kamu dengar naya jew."
"ye la mak ~" gelak aku. entah kenapa aku rasa cerita tentang abang aku kena khawin atas pilihan keluarga macam cerita novel la pulak.
lepas makan jew aku naik atas nak siapkan assigment yang tertangguh. esha dan iqmal masing-masing dah naik bilik nak pergi balas mesej la tu.. abang tak turun makan, masih marah la kowt. mak mendahului aku yang sedang naik keatas. aik ! cepat pulak mak nak naik nie..
mak berada didepan pintu abang. mak ketuk macam nak bagi pecah jew, aku kat tepi pun mak tak perasan. aku hampiri mak masa mak dah nak pergi dari situ.. aku ketuk pintu abang suruh dia buka sebab mak nak cakap.. naik begang gak aku ni, abang tak nak bukak,,
"abang ! baik abang buka. kalau tak leyya pecahkan pintu nie !" gertak aku.. ceh, ceh,, bajet giler aku nie.. macam la pintu ni nak pecah karang aku yang pecah.. abang buka.. aku hanya keluar selepas mak masuk. malas nak ganggu orang yang tengah marah nie. karang aku yang kena fire..
esha dan iqmal tak habis-habis berkepit jew dengan telefon. kalau dorang ni balik boleh le ajak sembang tapi dorang balik asyik dengan telefon. nak katakan kat tempat dorang tak boleh bawa telefon, musykil jugak. aku bergerak malas turun bawah, niat dihati ingin tengok TV cerita melayu tak pun cerita orang puteh.
masa nak bergerak ke tangga tu terdengarlah mak dan abang tengah berbincang. dengar macam mak bagi nasihat jew kat abang. aku bergerak malas nak dengar masalah abang aku kena khawin dengan pilihan keluarga. kadang-kadang aku kesian juga dengan abang, ye la aku pun pernah mengalami masalah yang serupa begini. tapi situasi dia lain la.
aku bergerak dari situ malas mahu mendengar perbualan mak dan abang. biarlah dorang.. kadang-kadang aku fikir yang ayah tidak sepatutnya buat macam tu kat abang.. risau gak aku tibanya time aku kena paksa khawin atas pilihan keluarga.. naya aku.. harap-harap aku khawin atas cinta bukan atas siapa-siapa..
time nak turun tangga nie pulak teringat time aku nak masuk sekolah berasrama. teringat hancur luluh hatiku kerna sayangkan keluarga dan kasihkan kembarku, terpaksa aku lepaskan tawaran tersebut.

Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

hangout with my friends

assalamualaikum semua.. hari nie kembi and the geng keluar pergi tengok wayang kat wangsa walk.. kiteorang pergi dalam pukul 11 pagi ye la nak ambik bas lagi so kena cepat la.. dah la bus stop kat tempat kembi bas hanya lalu sejam satu..
masa dalam bas kembi berdiri and then kembi pergi duduk dekat dengan kerusi kawan kembi. kembi duduk sorang2.. masa kat seksyen 10 bas tu berhenti nak ambik penumpang.. time ni la yang paling membuatkan kembi malu~ adalah sorang mamat ni duduk kat sebelah kembi. macam nie.. mula2 dia tengah fikir sama ada nak duduk depan kawan kembi or depan kembi. tapi dia pilih depan kembi sebab kawan kembi duduk dengan adik dia. dia duduk seat depan sebelah kembi lepas tu dia pindah duduk sebelah kembi.. kembi tak boleh nak kata apalah katakan sebab kembi tahu duduk kat situ memang pening,, tambah2 lagi bila asyik nak membelok jew. kembi terkejut juga. kawan kembi kat sebelah gelak jew. dorang tahu kembi ni ANTI sikit dengan lelaki. kembi paling tak suka bila bas tu membelok keKIRI.. kenapa? sebab kembi duduk sebelah kiri dia.. serius kembi tak suka.. bila dah sampai jew.. kembi bagi dia turun dulu sebab kembi tengok dia dah bangun.. kembi dengan dia turun kat depan wangsa walk.. turun jew dari bas kawan kembi gelak.. kembi malu giler time tu~ kawan kembi cakap kembi duduk macam lelaki.. kalau orang tak pandang muka kembi yang pakai tudung nie mesti orang boleh decide yang kembi nie lelaki.. ye larh rambut kembikan macam lelaki.. gaya dan perwatakan pun lebih kurang cam lelaki. tapi kembi tak lelaki.. maybe terikut2 dengan gaya abang2ku kowt..
kembi and the geng tengok citer al-hijab.. tapi tak best and taak seram.. dah la tu tak faham.. kembi tak faham jalan citer dia and tak masuk akal betul citer tu.. ramai yang kata citer tu seram.. tapi bila kembi tengok tak seram tak ada feeling langsung.. dalam panggung bila nampak hantu jew bukannye terkejut tapi gelak.. ramai yang jerit. tapi kembi and the geng tak jerit. kembi tak faham and banyak persoalan yanag kembi rasa tak logik langsung.. bila keluar jew dari panggung kiteorang semua dok citer yang menyesal giler and menghabiskan duit tengok citer nie.. tapi kalau korang ada fill nak tengok citer seram, tengok la citer ni.. kembi kata tak best sebab kembi tak ada feeling time tengok citer tu.. huhu~
masa nak keluar dari panggung tu.. my twin tiba-tiba kata hilang telefon.. perrhh kembi rasa cam nak tampar jew, ye la kembi takut nak cakap apa bila mak and ayah kembi marah.. mesti tak bagi kembi keluar lagi.. T_T kembi and the geng pun cari kat kawasan kemba kembi duduk... line 3 seat G7.. abang yang jaga tu tanya kenapa. and kawan kembi cakap yang kemba kembi hilang telefon.. dia pon turut membantu mencari dengan menggunakan torchlight.. kawan kembi, zam minta abang tu torchlight dia nak cari.. kembi dah marah giler.. kembi suruh kemba akembi cari kat handbag dia and kocek dia, tapi kemba kembi cakap tak ada. kembi cari kat handbag kemba sebab tak puas hati.. taka ada. and then kembi minta kat zam yang kembi nak torchlight.. kembi cari kat tempat duduk kemba kembi.. cari2 jumpa gak.. rupa2nya telefon tu jatuh kat tempat sokongan kerusi.. time tu rasa cam nak kena penyepak jew.. bengang + malu.. ceh,, ceh,, bajet cam berqani plak nak sepak2 dia nie.. haha :)

itulah story hari ini,.. hangout bersama kawan boleh jadi gila..



Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Monday, 24 October 2011

berangan

kenapa kembi letak tajuk berangan ? sebab kembi suka berangan.. jangan jadi mat jenin suda la.. dalam hidup kembi ada banyak perkara yang kembi nak buat. kembi nak tolong orang. kadang2 niat jew. nak menderma. tetapi hanya niat, entahla banyak perkara yang kembi fikir. ada satu perkara yang kembi nak buat. nak tulis novel yang mengisahkan tentang hidup dan cara kembi. tapi itu hanya angan2. tapi kalau ada angan2 kalau ada usaha pasti boleh berjaya.. kembi selalu berfikir kembi tak ada kawan lelaki, tak pernah berboyfriend bagai. tak pernah tahu apa itu cinta dan tak nak tahu.. kembi berfikir macam mana besar nanti. takut nak jadi andartu.. haha :) kalau dah besar nanti kembi nak cari yang jenis kasanova.. kenapa nak cari yang kasanova ? carilah yang alim, warak dan ada agama.. ye kembi akui kembi pon bukannye baik sangat tapi perasaan kembi nak berkawan dengan lelaki kasanova.. sebab kembi teringin sangat nak ubah dia balik ke jalan yang benar.. tetapi itu hanya angan2.. kembi tak ada kawan lelaki kecuali abangku yang tersayang.. memang kembi akui kembi terlalu ikut perangai abang2 kembi. sifat, cara perwatakan dan sebagainya kembi lebih kearah lelaki. tapi dalaman kembi kearah keperempuanan. kalau yang kenal kembi tidak lebih dari seminggu jangan cakap kembi sombong. kembi bukan sombong tetapi kembi bukannye jenis yang peramah or yang ringan mulut. sebenarnya kembi tak serasi lagi.. lepas kembi dah dapat sesuaikan diri, semua sifat dan cara kembi korang boleh tengok. bila first time korang kawan dengan kembi mesti korang fikir yang kembi jenis yang pendiam tapi bila korang dah serasi dengan kembi, semua sifat kembi korang boleh tahu. kalau korang nak tahu sifat sebenar kembi, kawanla dengan kembi..

:)




Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

cuti depavali

assalamualaikum semua dan salam 1 malaysia.. kembi nak ucapkan selamat hari depavali kat kawan2 yang menyambut hari depavali nie.. kepada kawan2 saya yang menyambut hari depavali nie jangan lupe jemput saya ke openhouse korang yew ?! terima kasih juga kerana hari depavali telah memberi kelulusan kepada semua orang untuk bercuti sekolah selama seminggu.. wah syok kowt..

SELAMAT HARI DEPAVALI :)
yang ikhlas dari kembi :)





Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Thursday, 20 October 2011

menyanyi

bila dah habis exam
macam2 aktiviti yang ada..
semalam, aktiviti
'u got talent'
kembi and the geng menyanyi
haha
lawak kowt~

lagu twinkle away menjadi pilihan kami..


:P

Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

END

assalamualaikum..
kembi nak post sikit kat bawah nie..
cube lerh lihat-lihat..


THE END !

from kembi :)


Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Wednesday, 19 October 2011

rahsia telefon bimbit anda


RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !


BERHATI2 SEMASA BELI HP...


Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
► sila taip *#06#
► akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
► semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

yang ikhlas dari kembi :)



Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Tuesday, 18 October 2011

boring after PMR

assalamualaikum guys
kembi rasa after PMR memang MEMBOSANKAN
no activity at my school
mestilah ada aktiviti
just tak ada yang best !
kembi and the geng dah menang satu competition
chicken dance
dapat number 1'st
jangan jeles yew !
haha :)
hari nie
pertandingan menari 3 kaum
semua kena masuk
hanya 45 minit masa yang diberi untuk berlatih
mula2 ambil lagu india
tak jadi
lagu zapin
tak jadi
lagu kalau berpacaran
tak jadi
last2 ambil lagu kembi gimnastik berirama
hanya 5 minit yang tinggal
kembi ajar geng kembi

memalukan !
haha :D

tapi kembi rasa bangga sangat
sebab kembi dapat buat yang terbaik !


Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

AMBIL PERHATIAN SEMUA !


PERHATIAN!! ini bukan ayat al-Quran...




PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.


Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran




Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.




Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.




Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).




Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.




Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.




Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible.
yang ikhlas dari kembi :)
kalau dah tengok ! tak reti-reti kew nak sebarkan !





Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Saturday, 15 October 2011

SANDWICH KAPAL LAYAR

assalamualaikum~ kembi nak story sikit memandangkan PMR pun dah habis.. pada hari jumaat bersamaan 14/10 aku dan kawan-kawan segeng mewakili kelas 3Amanah memasuki pertandingan membuat sandwich. aku,aryn,roz,sue and zam membuat sandwich kapal layar. sandwich nie senang jew. mula-mula kembi tak tahu nak buat sandwich apa lalu kembi pun meminta pendapat chef pieqa.

kembi : assalamualaikum..
chef : waalaikumussalam. apa hal ?
kembi : urmm,, nak minta tolong sikit nie.                  
chef : apa dia ?
kembi : sandwich apa yang sedap ?
chef : sandwich telur atau tuna
kembi : sandwich telur camne nak buat (padahal senang jew tu)
chef : sandwich telur rebus or goreng ?
kembi : sandwich telur rebus..

inilah perbualan kembi didalam telefon tetapi telah diringkaskan memandangkan perbualan tersebut mengambil masa lebih 10 minit. cara-cara nak buat sandwich telur senang jew.

BAHAN-BAHAN YANG PERLU ANDA GUNAKAN UNTUK MEMBUAT SANDWICH TELUR :
* telur yang telah direbus
* mentega atau planta atau menjerin (ikut citarasa anda)
* mayonis
* black papper or white papper
* roti yang dipotong tepi
* salad atau kobis yang dipotong-potong
* sosej yang dicincang
* tomato yang dipotong
* timun yang dipotong

CARA-CARA BAGAIMANA HENDAK MEMBUATNYA :
* telur yang telah direbus kacau sehingga pecah
* campurkan telur yang telah menjadi pecah dan berkecai tersebut dalam mayonis dan masukkan black or white papper.
* ratakan mentega / planta / menjerin ke roti
* letakkan telur yang telah dicampur tadi.
* taburkan sosej yang dicincang
* letakkan timun dan tomato
* hiaskan mengikut citarasa anda
* siap dihidangkan

cara-cara kembi dah ajar. sekarang start la membuatnya. pasti keenakkan menjadi teman anda semua. HAHA :) persoalannya kini kenapa kapal layar nama sandwich nie ? kerana sandwich ini telah dihiaskan seperti bentuk kapal..

sandwich kapal layar

 kamilah yang terhebat

kamilah nakhoda kapal


Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Thursday, 13 October 2011

jom layan novel

hai semua ! kembi rasa excited la nak citer. korang tahu tak sebenarnya kembi minat sangat baca novel. itu adalah salah satu hobi kembi diwaktu yang lapang (bukan waktu lapang jew !) kembi ingat lagi mula-mula kembi minat dalam dunia novel nie. masa kembi di tingkatan 2, kembi selalu tengok kawan2 kembi pinjam dekat kawan kembi nie namanya tim. suatu hari tu, kembi minta la satu novel dari dia nak pinjam. dia bagi kembi pinjam. mkembi memang tak minat sangat baca novel tebal2 nie. tapi, kawan2 kembi semua suka. kembi pinjam, kembar kembi pula pinjam satu buah novel dari orang yang sama. Adam dan Hawa karya aisya sofea. buku tulah yang pertama kembi baca sampai habis. jalan cerita dia menarik dan berapa banyak kali kembi pinjam darinya semata2 nak baca semula buku tersebut, banyak kembi pinjam buku dari  tim, zylah, anis and ramai lagi~ dan disitulah kembi minat dalam dunia novel ni. kalau asyik sangat baca novel pinjam, kenapa tak beli sendiri ? boleh jadi koleksi. dan time kembi masuk tingkatan 3 kembi mula membeli novel sendiri dengan duit yang kembi simpan dengan kembar kembi. buku pertama yang kembi beli kerana kawan kembi menceritakan sebuat cerita novel ini kepada kembi. kerana terlalu ingin tahu, kembi pon beli.
* cinta 3 suku (alaf 21)
* tak secantik husna (alaf 21)
* ad + iz (kaki novel)
* maid (kaki novel)
* akulah cinderella (kaki novel)
* bila hati kata sayang (karya seni)
* aku yang kau tinggalkan (kaki novel)
* sayangku casper (prima)

kembi juga minat kepada komik2 jepun versi melayu. lebih dari 5 buah buku komik dalam simpanan kembi. bermula dari kawan kita akan berubah. tidak percaya ? tetapi kembi percaya kerana dari kawanlah kita terikut2. kalau nak diharapkan diri sendiri memang kembi tak tahu. jangan salah anggap yang novel ini membawa perubahan terhadap diri kembi. hanya sedikit sahaja. 1) kembi mula berjinak dalam dunia novel. 2) kembi banyak meluangkan masa kepada novel. 3) berangan. 4) menulis puisi2 cinta. 5) menulis kisah hidup seseorang. 6) menulis karangan dengan baik. semua yang tertulis ni hanya sebahagian sahaja, sebenarnya banyak perubahan dalam diri kembi.




Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis