follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Wednesday, 26 October 2011

aku tak layak untukmu bab 1

aku mengetuk pintu dan memberi salam. ibu menjawab salam aku dan membuka pintu kepadaku. aku pelik dengan suasana tegang kat ruang tamu ni. esha dan iqmal pun ada ! bila dorang sampai.. bukan nak bagi tahu aku dorang ni balik.. huhu..
abang dengan muka tegangnya aku salam.. kena hormat, ye la diakan abang.. mak dan ayah tidak dilupakan. esha merapati aku hendak salam. iqmal terpaksa aku menyuruh. ye la dah besar budak nie, bila dah besar bukan reti nak hormat orang yang lagi tua.. dah tua kew aku ni ? baru 20 tahun..
esha, iqmal dan abang naik keatas. apahal pulak ni. aku baru jew balik, ingatkan boleh lerh sembang-sembang dulu sebelum aku mandi..mak dan ayah berpandangan sambil menggelengkan kepala.
aku yang masih diatas sofa bangun untuk naik keatas. masa pertengahan jalan, aku mendengar mak mengeluh. hai, kuat sungguh mak mengeluh kali ni. kenapa mak mengeluh, sebelum nie tak pernah pun aku dengar mak mengeluh. aku dan yang lain dah balik tak kan mak nak mengeluh juga. mungkin ada apa-apa yang aku tak tahu ni. tak apalah, lepas mandi akan aku soal siasat mak..
keluar je dari bilik yang dikongsi dengan esha, aku pun turun ke dapur. esha dan iqmal masih kat dalam dengan buah hati dorang.. tak boleh nak berpisah langsung ! asyik berkepit je dari tadi.. kadang-kadang telefon pun nak berehat juga..
didapur mak sedang mentanak nasi dan menyediakan bahan-bahan untuk memasak.
"mak.. kita nak masak apa ?" kata aku sambil memotong sayur sawi.
"masak sambal udang dan kuah sayur.. adik kamu tu bukannye makan pedas."seloroh ibu kepadaku.
"kenapa tadi tu mak ?" tanyaku ingin tahu
"ayah kamu dah masuk merisik..."
"merisik ? saper mak ? leyya kenal tak ?" tanyaku memotong percakapan mak.
"ishh.. kamu nie ! mak tak habis cakap lagi kamu dah potong"
"sorry la mak.. leyya tak sabar sebenarnya nie.. okey-okey mak sambung la balik.."
"urmm,, ayah kamu nak sangat berbesan dengan kawan lama dia.. dah masuk merisik pun. dorang pun dah bagi kata putus, setuju."
"ha ! biar betol mak ? habis tu abang terima tak ? and lagi satu, abang tahu tak ?"
"tu yang tadi tengah bincang. abang marah sangat kat ayah kamu tu. mak tak boleh nak kata apa la.. bila ayah kamu dah bagi kata putus, nak tak nak terpaksalah abang kamu terima."
"saper bakal kakak ipar leyya mak ?" kataku mahu berjenaka..
"ish.. kamu nie.. diam sikit.. karang abang kamu dengar naya jew."
"ye la mak ~" gelak aku. entah kenapa aku rasa cerita tentang abang aku kena khawin atas pilihan keluarga macam cerita novel la pulak.
lepas makan jew aku naik atas nak siapkan assigment yang tertangguh. esha dan iqmal masing-masing dah naik bilik nak pergi balas mesej la tu.. abang tak turun makan, masih marah la kowt. mak mendahului aku yang sedang naik keatas. aik ! cepat pulak mak nak naik nie..
mak berada didepan pintu abang. mak ketuk macam nak bagi pecah jew, aku kat tepi pun mak tak perasan. aku hampiri mak masa mak dah nak pergi dari situ.. aku ketuk pintu abang suruh dia buka sebab mak nak cakap.. naik begang gak aku ni, abang tak nak bukak,,
"abang ! baik abang buka. kalau tak leyya pecahkan pintu nie !" gertak aku.. ceh, ceh,, bajet giler aku nie.. macam la pintu ni nak pecah karang aku yang pecah.. abang buka.. aku hanya keluar selepas mak masuk. malas nak ganggu orang yang tengah marah nie. karang aku yang kena fire..
esha dan iqmal tak habis-habis berkepit jew dengan telefon. kalau dorang ni balik boleh le ajak sembang tapi dorang balik asyik dengan telefon. nak katakan kat tempat dorang tak boleh bawa telefon, musykil jugak. aku bergerak malas turun bawah, niat dihati ingin tengok TV cerita melayu tak pun cerita orang puteh.
masa nak bergerak ke tangga tu terdengarlah mak dan abang tengah berbincang. dengar macam mak bagi nasihat jew kat abang. aku bergerak malas nak dengar masalah abang aku kena khawin dengan pilihan keluarga. kadang-kadang aku kesian juga dengan abang, ye la aku pun pernah mengalami masalah yang serupa begini. tapi situasi dia lain la.
aku bergerak dari situ malas mahu mendengar perbualan mak dan abang. biarlah dorang.. kadang-kadang aku fikir yang ayah tidak sepatutnya buat macam tu kat abang.. risau gak aku tibanya time aku kena paksa khawin atas pilihan keluarga.. naya aku.. harap-harap aku khawin atas cinta bukan atas siapa-siapa..
time nak turun tangga nie pulak teringat time aku nak masuk sekolah berasrama. teringat hancur luluh hatiku kerna sayangkan keluarga dan kasihkan kembarku, terpaksa aku lepaskan tawaran tersebut.

Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

No comments: