follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Friday, 28 October 2011

aku tak layak untukmu bab 2

5 tahun sebelumnya

"mak, ayah.. leyya dapat tawaran ke sekolah berasrama penuh. esha pun dapat mak.." kataku bangga kerana dapat masuk ke sekolah beasrama penuh.
"esha nak masuk boleh tak mak ?" esha pula menanya
"leyya, esha.. mak dan ayah bukan tak nak bagi tapi kamu sanggup nak tinggalkan mak dan ayah sendiri. abang dan adik kamu pula kat asrama. kamu berdua pula nak tinggalkan mak.." kata mak dengan nada sedih.
kelihatan ayah baru balik. mak, aku dan esha bersalam dengan ayah yang baru pulang mencari rezeki.
"dengar dari luar tadi bukan main riuh lagi korang bersembang.. sembang pasal apa ?" tanya ayah.
"tak.. esha dan leyya nie dapat tawaran ke sekolah berasrama.. esha kat tapah dan leyya pula kat alor star jauh nun utara" kata mak kepada ayah. muka ayah kelihatan gerun untukku tatap.
"ayah tak benarkan korang masuk ! keputusan PMR korang bukannya 8 A.. jangan nak berangan la.." kata ayah dengan nada geram.
"tapi ayah,, keputusan esha 7A 1B jew.. bagilah esha hidup berdikari.. iqmal boleh nape esha tak boleh !" kata esha dengan kuat. kalau esha yang cakap keputusan macam tu tak ada siapa yang berani nak melawan termasuk kembarnya sendiri, aku la tu..
"leyya pun nak pergi SBP.." kata aku
"leyya nak pergi ? dengan keputusan yang macam tu ?" kata ayah sinis. aku tahu aku tak dapat pergi ye la aku bukan anak kesayangan ayah mahupun mak. mak dan ayah lebih bangga dengan abang ikram, esha dan iqmal.
"bolehlah yah.. leyya dapat 6A2B dikira okey apa.." kata aku mahu masuk juga SBP..
"ayah tak benarkan leyya masuk !" tegas kata-kata ayah.
"esha boleh tak ayah ?"
"mestilah boleh.. esha kan pandai. ayah bangga dapat anak macam esha."
"yess! leyya kena belajar rajin-rajin macam esha, barulah dapat masuk SBP.." kata esha kepadaku sinis.
aku tahu aku tak pandai macam esha, abang dan iqmal. tapi bagilah aku peluang nak hidup bebas, aku tak nak terkongkong macam ni. argghh !!! aku berlari masuk ke bilik. aku nak sangat belajar berdikari tapi kenapa aku tak boleh pergi. kenapa esha boleh pergi ? aku menangis sepuas-puasnya.
mak meluru masuk kebilikku. mak memujuk aku supaya terima semuanya ini sebagai dugaan hidup. bagaimana aku nak terima sedangkan ayah asyik dengan esha sahaja. sedih sungguh aku. mak memberi nasihat suapaya aku boleh menerima semua ini.
mak keluar selepas memujuk aku. lama juga nak memujuk aku, ye la akukan susah nak dipujuk, tak makan saman ! aku terfikir mungkin ada hikmahnya aku tak pergi. lagipun mak dan ayah tak ada siapa nak jaga. abang ikram nun jauh di london. iqmal pula disekolah berasrama penuh. aku dan esha sahaja yang menjadi penyeri rumah ni.
lebih baik esha yang pergi kerana keputusannya lebih bagus dari aku. sedih juga keputusan aku tidak sebaik dia. walaupun aku tidak dapat masuk ke SBP tapi aku bangga pernah ditawarkan sekolah kluster nie. aku dapat terima semua keputusan ini walaupun agak berat. aku reda mungkin dah tertulis suratan ini.
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

No comments: