follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Saturday, 29 October 2011

aku tak layak untukmu bab 3

duduk menghadap TV ni lebih baik dari tengok telefon. aku duduk di kerusi yang kosong bersebelahan dengan ayah.. cerita orang puteh nie kadang-kadang best and sometimes tak best. aku pun layan jew cerita orang puteh nie, yang berjudul cinderella.. best giler ! aku berdiri mahu ke dapur semasa iklan.. tekak dah menjerit nak air..
"nak ke mana tu leyya ? temankan ayah tengok TV nie !" ayah berkata semasa aku bangun untuk bergerak ke dapur. mungkin ayah ingat aku hendak naik ke bilik. tetapi aku hanya nak ke dapur, nak minum air..
"tak la yah.. leyya nak pergi buat air.. haus la. ayah nak air kew ? kalau tak leyya buatkan.." kataku kepada ayah.
"boleh juga kalau dah leyya nak buat air." ayah meminta aku membuatkan air untuk dia juga. aku hanya mengikut arahan.. yess bosss !
aku nak buat air ?! hanya air milo jew yang korang boleh rasa. aku hanya tahu buat satu air sahaja iaitu milo. dulu aku nak buat air pun liat,, hanya order jew dari nenek aku. tapi nenek aku dah tiada. kenalah belajar berdikari sikit.
buat air milo senang jew, kalau nak sedap kenalah tahu sukatan berapa nak kena bubuh. saiz cawan atau gelas pun diambil kira oleh aku.. hahahaha.. lagi sedap kalau air milo 'o' ais.. perrgghhh sedap ! apasal aku cerita camne nak buat air milo plak nie..
aku beredar sambil memegang dua gelas air milo panas.. aku tahu ayah tak suka air sejuk. bila dah tua nak minum air sejuk manalah boleh. nanti sakit pulak.. aku tengok ayah pandang TV khusuk. tak pandang pun aku yang sedang hampiri dia.
"nah yah ?" aku beri air milo panas buatan aku kepada ayah..
cerita cinderella orang puteh ni best sangat-sangat sampai aku tak bangun-bangun dari tempat duduk. habis jew cerita aku bergerak ke bilik air. mahu membuang air kecil yang dah tak tertahan-tahan dari tadi. masa nak naik bilik aku macam terdengar ayah memanggil nama aku jew.
"ayah panggil leyya kew ?" tanyaku minta kepastian.
"leyya.. kamu dah tahu tentang perkhawinan abang kamu ?" tanya ayah kepadaku.
macam mana nak jawab ? kalau aku cakap, takut ayah kecik hati. tak apalah cakap jew. ayah nak terima atau tak terpulang, tetapi ayah mesti juga tahu apa yang cuba aku sampaikan.
"dah ayah. ayah tak patut buat abang macam tu !" jawabku kepada soalan ayah.
"ye, memang ayah tak patut buat cam tu. tetapi ini semua untuk kebaikan abang kamu juga."
"kebaikan apa pula ayah ?" jawabku secara tak sengaja terkasar bahasa.
"kebaikannya, abang kamu dapat kesenangan, masa dia kecik tak pernah dia senang, tapi bila dia dah besar biarlah ayah nak dia senang."
"ayah.. tapi kebahagian abang ayah tak ambil kira pula ? ayah tak bolehlah buat abang macam tak ada perasaan."
"lagipun, keluarga dorang ayah kenal leyya. dorang pun dah setuju nak abang jadi menantu dorang. dorang nak tengok anak dorang bahagia leyya."
"bahagia ? bakal isteri abang tu nampak bahagia kew kalau dia pun tak kenal abang ? leyya tak rasa cam tu ayah."
"entah la leyya.. ayah tak tahu macam mana nak buat abang faham dengan situasi ini."
"ayah.. leyya sendiri pun tak faham. leyya akui, leyya tak sepatutnya masuk campur hal abang dan ayah. tapi sebagai adik, leyya tak nak abang bersedih dikemudian hari."
"ayah faham leyya tak nak abang bersedih, tapi ni kebahagian kamu semua juga."
"kebahagian kiteorang ? apa maksud ayah ? leyya tak faham.."
"leyya, ayah tak ada harta dan ayah tak nak anak-anak ayah terabai dimasa akan datang kelak. bila abang kamu dah senang nanti, dia boleh tolong kamu adik-beradik."
"tapi ayah.. leyya tak nak kebahagian macam tu. kenapa abang yang nak kena tanggung semua ini. kita kena fikirkan tentang kebahagian abang juga. mana boleh kita nak fikirkan tentang diri sendiri jew.. leyya tak nak abang khawin kerana ayah nak tengok kiteorang adik beradik bahagia.. leyya tak nak jadi sellfish !" kataku seperti machine ghun yang terus-terusan nak menembak.
"leyya.. ayah tak tahu nak buat apa. ye memang ayah tak patut buat macam tu. tapi ayah tak boleh nak cakap apa kalau keluarga pihak perempuan tu yang nak abang jadi menantu dorang. dorang datang jumpa ayah dekat rumah untuk merisik abang." jawab ayah seperti menjerit kerana geram aku tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh ayah.
"ayah.. leyya tak tahu nak cakap apa. kalau dorang yang datang merisik abang. tapi ayah tak patut bagi keputusan yang abang dah setuju. sepatutnya ayah kena bincang dengan abang sebab ni kebahagian dia."
"ya ayah salah.." selepas ayah ucap perkataan ayah salah, terus ayah beredar dan aku ? termanggu-manggu di sofa.
aku terdiam. adakah kata-kata aku buatkan ayah sakit hati.. arrgghh.. parah ni. terduduk aku kat sofa sebab terlalu risau kalau-kalau ayah terkecik hati kat aku. tetapi aku cuba nafikan tapi kebenaran yang aku dah sakitkan hati ayah. tak dapat aku lupakan kejadian tadi. macam mana aku berdebat dengan ayah walhal aku tak patut masuk campur pun tentang hal ayah dan abang.
jenuh aku memikirkan situasi tadi. aku naik kebilik selepas lampu dan kipas di padam.. berani tak berani dah satu tanggungjawab aku untuk memastikan kipas dan lampu terpadam. aku seorang yang tidur lambat kerana aku kena menyiapkan senua tugas-tugas aku sebagai seorang student di UITM Shah Alam.
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

No comments: