follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Sunday, 30 October 2011

aku tak layak untukmu bab 4

pagi-pagi aku dah bangun untuk menunaikan solat subuh. bila esha dan iqmal balik terpaksalah aku menjerit di pagi yang indah ini untuk membangunkan dorang. bau nasi lemak membangkitkan naluri aku untuk turun makan. la, tak siap lagi. aku membantu mak menyediakan nasi lemak.
"leyya.. ayah ada cakap apa-apa tak leyya ?" tanya mak kepadaku.
"ada mak.. entahlah mak. semalam ayah tanya leyya sama ada leyya tahu tak yang abang nak khawin.. leyya cakaplah leyya tahu. nape mak ?" jawabku jujur.
"leyya dah tahu kenapa ayah buat macam tu ?"
"dah mak.. ayah bagi tahu leyya semalam.. sepatutnya ayah tak boleh buat macam tu sebab ayah nak tengok kiteorang senang walhal hati abang, perasaan abang ayah tak ambil kira."
"ayah kamu dah cerita kat mak. abang kamu dah setuju tetapi dia nak jumpa dulu bakal isteri dia."
"baguslah kalau macam tu. kalau abang dah setuju, ayah taklah susah hati memikirkan perkara ini."
"betul tu leyya.. dah.. panggil dorang turun makan." mak menyuruh aku memanggil dorang turun makan.
aku menaiki tangga keatas. aku terserempak dengan ayah dekat ruang rehat diatas. aku meminta maaf sebab menyakitkan hati ayah. dan ayah juga memaafkan aku dan ayah juga meminta maaf.. seronok dan perasaan serba salah itu sudah tidak ada.
mengejutkan esha dan iqmal memang susah. terpaksa menjerit pagi-pagi buta macam nie. esha bangun dengan malasnya ke bilik air diluar. iqmal aku malas nak kejutkan. iqmal tidur dibilik aku tetapi diatas lantai. katanya dia malas nak ganggu abang dengan keadaannya yang tak stabil tu.
aku ketuk pintu bilik abang. aku memekik namanya dari luar.
"abang.. abang.. mak panggil makan.." pekikku.
tak buka juga. aku memulas tombol pintu abang. aku tengok, bilik dia macam tongkang pecah jew. huisshh, teruk yew ! bau busuk dari mana ni. pakaian kotor bersepah-sepah kat atas lantai. berlonggok macam sampah ! geramnya dengan abang aku sorang nie !
aku keluar selepas tengok abang aku tiada. rupa-rupanya didalam bilik air. huh ! jenuh cari rupa-rupanya di bilik air. aku menyanyi kecil sambil turun dari tangga. ayah baru sahaja habis makan dengan mak.. lambat sangat kot aku pangil dorang turun.
esha baru sahaja keluar dari bilik air dekat dapur, sebab bilik air atas abang guna. aku tarik kerusi sebelah esha. iqmal dan abang turun bersama, mungkin abang kejutkan iqmal sebab aku tak tutup pintu bilik. makan dalam keadaan senyap membuatkan aku tertanya-tanya. selalunya aku makan sorang-sorang pon senyap. dah makan beramai pon senyap.. pening kepala aku kalau senyap jew..
selesai semuanya, aku dan esha mengemas didapur.. kemas apa yang patut jew la. esha membasuh pinggan manakala aku pulak membersihkan meja dan menutup makanan yang terhidang dengan menggunakan tudung salji.
abang memberikan kata putus yang dia nak berjumpa dahulu bakal isteri dia sebelum dia bersetuju. aku hanya mendengar tanpa sebarang komen. ayah terima semua keputusan abang walaupun keputusan yang akan datang agak pahi.
esha dan iqmal tengok TV, ye la seminggu kat asrama mana ada TV. aku masih menyiapkan kerja diatas meja makan sambil-sambil tu aku tengok juga TV cerita kartun. pagi-pagi macam ni hari sabtu pula tengok kartunlah menjadi pilihan.
"esha.. besok jom keluar !" tanyaku kepada esha.
"keluar.. urmm,, boleh juga. esha pun dah lama tak keluar dengan leyya.. boleh beli barang nak bawak balik."
"iqmal nak ikut juga !" jerit iqmal membuatkan telinga aku dan esha sakit..
"iqmal ! jangan jerit la. boleh diam tak ?!" marah esha. itulah perangai dia.. suka marah orang. aku kembar dia pun selalu kena marah and kena arah..
"kalau iqmal nak ikut boleh tapi.. nak beli barang atau apa-apa pun, duit sendiri.. no money no talk okey !" kataku cuba meredakan perasaan sedih dalam hati iqmal..
"okey.. bile nak pergi ?" iqmal memberi perhatian kepadaku.
"sekarang la.. boleh lepak-lepak or jalan-jalan.." jawab esha mungkin tidak sabar nak keluar. ye la dekat asrama nak keluar pun malas..
aku, esha dan iqmal selepas makan tengahari dirumah. abang iqram tak dapat ikut sebab ada hal.. aku membawa kereta ke Mid Valley. senang sikit, aku ingat nak beli novel baru. esha dan iqmal mungkin nak beli biskut or apa-apa sahaja yang boleh dibawa ke asrama..
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

No comments: