follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Friday, 4 November 2011

aku tak layak untukmu bab 5

aku tak layak untukmu bab 5

pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat di dalam Mid Valley ni. aku, esha dan iqmal berjalan ke kedai yang menempatkan baju. esha nak sangat membeli baju baru. aku dan iqmal hanya ikut sahaja. dari satu kedai ke kedai yang lain. esha nie tak penat ke berjalan dari satu kedai ke kedai yang lain.
iqmal mengeluh entah kali ke berapa pun aku tak tahu. mungkin ini kali terakhir dia mengikut kakak dia esha shopping. nak cari satu baju pun lama. sampai sahaja di satu butik aku, esha dan iqmal terus masuk. harap-harap kedai ni ada baju yang ehsa nak beli. butik astana.
"leyya... baju ni lawa tak ?" tanya esha kepadaku sambil menunjukkan satu dress pendek. esha mengacukan kebadannya.
"eh,, tak terlalu pendek ke esha. memanglah lawa tapi pendek. carilah blouse ke or something yang menutup aurat sikit." jawabku jujur. tak suka aku esha berpakaian macam tak cukup kain.
esha terus ke kaunter untuk meletaknya sambil itu masih mencari. aku hanya menggelengkan kepala. iqmal ke pakaian lelaki untuk melihat. nak beli tak ada duit. bukan macam kakak dia, esha banyak duit. al-maklum la ayah bagi duit sebelum pergi.
aku mengambil kesempatan ini untuk pusing-pusing dalam kedai ini. nak melihat baju-baju. long dress yang dipakai untuk menghadiri majlis bagi orang-orang kaya kupandang lama. aku menyentuh kainnya. lembut dan kualitinya pun agak bagus. beralih kepada warna cantik dan juga mengikut kepada fesyen terkini.
tag harga dipandang.. gurlp.. mencecah beribu ringgit untuk satu baju. seorang pekerja kedai menghampiri aku. hanya memandang tetapi nak membeli hanya harapan. mungkin bila dah berkerja nanti teringin juga nak beli.
"ya cik.. boleh saya bantu ?" seorang pekerja bertanya kepada aku.
aku hanya menggeleng mungkin masih terkejut dengan harga baju tu. aku ucapkan terima kasih sebab tidak mahu pekerja tersebut melayanku. esha kuhampiri, dua helai baju kupadang kepada harga. satu baju sahaja lebih dari 50 ringgit. dua helai baju entah berapa.
aku, esha dan iqmal berjalan untuk ke pasar Carefour. esha yang melangkah tiba-tiba berhenti. iqmal terkejut, nasib baik tak jatuh. aku menarik tangan iqmal, pelik kenapa esha berhenti. rupa-rupanya tengah tengok ramai orang berpusu-pusu ke satu bahagian.
"jom pergi sana. ada apa agaknya ya !" esha terus berjalan ke arah tersebut. iqmal ikut tanpa bantahan mungkin nak tahu juga.
"esha,, leyya nak ke toilet la. korang pergilah. jaga iqmal nie !" pesanku kepada esha.
aku keluar selepas dapat membuang air kecil. asal lorong kat tandas nie senyap. tadi ramai sangat yang nak ke tandas sampai tak nyempat. aku membasuh tangan sambil nyanyi-nyanyi kecil.
keluar jew dari tandas perempuan dan keluar jew dari tempat lorong tandas nie. terkejut pun ada suprise pun ada. semua orang duduk mencangkung sambil tangan diatas kepala. aku masih berdiri kaget. nak kata berani sebenarnya dah takut bila bunyi senapang dilepaskan beberapa das tembakan ke atas.
hanya satu jew yang aku cari. esha dan iqmal. ada satu kelompok memakai sut berwarna hitam dan mengelilingi seorang lelaki. seorang penjahat menghampiri kumpulan tersebut dan menyuruh orang yang berada ditengah bangun.
dorang tak perasankan aku kew? tiba-tiba aku dapat melihat dengan jelas apabila ada seorang mengacukan senapangnya kearah aku. bunyi tembakan kedengaran dan ramai yang melihat terkejut.
aku sendiri pun terkejut apabila aku mendengar namaku dijerit. esha dan iqmal kulihat memanggil aku. apa lagi lari pecutlah aku nak selamatkan diri. semua penjahat yang berada di bahagian depan butik astana semua mengejar aku, esha dan iqmal.
kumpulan yang bersut hitam juga turut membawa bosnya pergi dan orang ramai lari ke pintu keselamatan. tiada siapa nak selamatkan aku, esha dan iqmal.. aku berlari nak ke kereta yang di parking kat bawah.
semua jalan dan pintu masuk telah dikunci dari dalam. pintu kaca juga tidak dapat kulepas. kudapat lihat ramai polis sedang bertungkus lumus nak memecahkan pintu kaca kalis peluru. aku menarik iqmal supaya rapat kearahku. esha pula menyepit antara aku dan iqmal. takut sangat ke esha nie.
aku teringat cerita chakie chan nak melepaskan diri didalam satu mall. ingatanku semakin okey. aku memandang escalator dan aku tahu satu pintu yang membawa keatas bumbung. tanpa berfikir panjang aku memegang tangan esha dan iqmal untuk berlari bersama-sama aku.
naik ke escalator dan aku ternampak sebuah pintu yang menunjukkan up.. aku kearah pintu tersebut. kunci ? penjahat tu masih disitu. esha menhentak pintu dengan badannya tetapi masih tidak terbuka. aku, esha dan iqmal bersama-sama menghentak dengan badan.
pintu terbuka terus masuk dan berlari ke tangga. penjahat tersebut tergelak mungkin lihat kiteorang yang berlari ke atas bumbung. bila sampai diatas. esha terkejut. iqmal apatah lagi. nak selamatkan diri macam mana ? atas bumbung..
penjahat tu tersenyum jahat. "nak lari mana ? nak terjun kew ?"
aku pegang tangan iqmal dibelah kiri manakala dibelah kanan tangan esha. esha ni bukannya berani sangat. aku pun takut juga tapi nak selamatkan diri buat-buat jew la.. aku terus terjun kebawah. esha dan iqmal menjerit ketakutan. tanganku sakit akibat dicengkam oleh esha dan iqmal.
landing atas satu poster dan terjun ke atas rumput. esha dan iqmal terjatuh. aku jatuh macam orang yang bersedia nak lari pecut. aku terus tarik tangan esha dan iqmal. masuk ke bawah yang menempatkan kereta aku. esha marah sebab aku nak ambil kereta.
aku berdegil dan aku tinggalkan esha dan iqmal terpinga-pingga. aku berlari ke bawah dan aku dapat lihat orang yang memakai sut hitam nak masuk kedalam untuk menyelamatkan orang. penjahat melihat aku dan melihat sekempulan sut hitam tengah nak membuka pintu masuk.
salah seorang penjahat mengejar aku, tetapi aku agak pantas dan terus masuk kedalam kereta myvi kesayanganku. pecut jangan tak pecut. aku membuka pintu kepada esha dan iqmal. mereka masuk dan terus bersandar keletihan.
"leyya tak nak ayah dan mak tahu perkara nie !" kataku tegas tidak mahu ayah dan mak tahu.
"esha pun tak nak ! iqmal jangan bagi tahu sesiapa pun !" esha pun begitu.
"okeylah kakak-kakakku."jawab iqmal. berjanji tidak mahu ayah dan mak tahu.
aku pasti kalau bukan dari mulut aku, esha dan iqmal yang memberitahu mungkin dari TV. aku bukan tidak mahu popular tetapi biarlah menjadi rahsia dihati. masuk sahaja rumah aku, esha dan iqmal buat biasa sahaja tetapi dada dah tercungap-cungap penat.
masa nak naik tangga tu aku terjatuh sikit. aku yang berada di tandas tiba-tiba pandang sekeliling. aku berangan lagi. macam betul je mimpi ni. jadi hero tapi sayang tak habis. aku keluar selepas mencuci tangan. lorong ni senyap dan tiada orang. aik ! aku berangan lagi ke ?
aku berjalan sambil membetulkan tudung di kepala. tiba-tiba aku dapat rasa ada orang langgar dan orang tu terjatuh. aku pandang handsome giler. aku uncapkan kata maaf sambil berlari keluar. bukan malu tetapi tengok dari pakaiannya nampak orang kaya. lebih baik blah dulu.
dia menjerit supaya aku berhenti tetapi tidak. aku mencari kelibat esha dan iqmal. aku bergerak ke mereka. aku buat bodoh je dan terus berjalan laju. dorang masih disitu dan masih khusuk. ramai orang yang khusuk disitu. pelik juga kenapa ramai yang tengok. apa benda ye.
"kak esha,, handsome giler abang tu." kata iqmal kepada esha.
"mestilah handsome. anak orang kaya tau. ayah dia jutawan. atuk dia pula keturunan diraja. memang dia nie anak kerabat dirajalah." kata esha panjang lebarnya.
"esha, iqmal korang tengok apa tu?" tanyaku kepada dorang yang asyik sangat tengok di satu sudut. aku tengok tak ada apa-apa pun.
"akak, lambat la.. kalau tak boleh tengok mamat hensem.."
"mamat hensem mana pulak nie ? saper esha ?" aku bertanya pulak kat esha.
"ala, kalau esha bagi tahu bukannya leyya tahu pun dia nie sape.." esha menjawab.
"yup ! memang leyya tak nak tahu. dah la. jom masuk carefour.."
"kejap la kak. mana abang handsome tu.." iqmal mencari-cari abang handsome dia termasuk sekali esha.
aku masih tak faham. siapa abang handsome yang dorang asyik mencari-cari tu. aku terus berjalan sehingga tidak sedar yang esha dan iqmal tak bersama denganku. perasaan aku masih gelabah dan risau tentang kejadian tadi. pelanggaran tanpa sengaja.

Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

No comments: