follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Sunday, 14 December 2014

miss my kemba

Assalamualaikum warga blogger . entah kenapa kembi rasa alone . maybe rindu keluarga kawan cikgu dan sekolah .
Bila kat matrik ni kembi kena survive sendiri . semuanya sendiri . dulu time sekoalh kembi tak pernah keseorangan . kerna kembi selalu ditemani dengan kembar . kawan dan keluarga . bila dah besar . semua berbeza . seorang kat utara seorang lagi kat selatan . terpisah jarak berbatu-batu . mengambil masa yang lama untuk bersua muka .
Bila jauh begini susah kembi untuk luahkan rasa hati ini . hanya telefon menjadi pengantaraan antara kami . rindu nak bercerita dengan kemba .
Rindu nak buat kerja sama-sama . rindu nak bebel kat dia . okey ! Kembi memang kuat membebel kat kembar kembi or kat orang yang kembi rapat .
Kembi memang senang kena buli . senang kena dengan kawan-kawan . snang kena maki . senang kena tipu . senang kena marah dengan orang . tapi kembar kembi selalu tolong kembi . tolong backup kembi . bila kitaorang berpisah no more kembar yang dapat protect kembi .
Bila kembi marah tapi kembi hanya diam sebab kembi tak boleh marah . so kembi akan suruh kemba kembi marahkan bagi pihak kembi . bila kembi sedih dia ada disisi temani kembi menangis .
Result kami pula macam on off je . bila sorang okey sorang keyo . bila sorang keyo sorang okey . tak pernah nak stabil . mungkin sebab kembi tak boleh duduk belakang kemba . sama juga kemba tak boleh duduk belakang kembi . kitaorang kena bergerak sama-sama . sebaris .
Oleh sebab itu bila kemba kata nak pindah matrik perak . kembi cakap tak payah . sebab kembi taknak kami berdua jatuh . kembi nak sama-sama naik dapat result yang sama .
Kembi cakap mungkin cara ni dapat tolong kami berdua dapat result yang okey . lagipon bila lagi nak berdikari . sekaranglah kena belajar hidup sendiri survive sendiri . tapi setiap hari kitaorang call mesej cerita semua problem . share perasaan semua .
Kembi kat sini nak cakap yang kembi rindu kemba . thanks for always support me . help me . be my shoulder . be my ear .

Okey kat sini kembi nak ceritalah sikit pasal gelaran kakak adik yang family selalu guna bila nak panggil kami berdua .
Kembi ni sebenarnya kakak dan kemba pulak adik . dulu family panggil kembi kakak kemba adik .tapi masa umur entah berapa tahun . time tu tak sekolah lagi . tiba-tiba kemba cakap nak jadi kakak . kembi pula masa tu tak kisah sangat . kembi pon cakaplah okey . sampai sekarang melekat sehingga tiada siapa yang perasan yang gelaran dah tukar . lagipun sifat kami yang berbeza dengan gelaran yang sebenar membuatkan kembi senang bila tukar . kemba seorang yang bersifat matang walau muka saja manja . seorang yang protect dan berpendirian . kalau kemba cakap A mesti A . no objection ! Tapi kembi lain . jenis tak kisah . seorang yang tak berani nak marah kecuali kalau dah tahap annoying memang kenalah . so susah nak nampak bila kembi marah sedih . muram memang selalu . mendung sentiasa . bila nak beli something . kembi suka ni tapi bila family cakap tu . kembi pon ikut . sebab jenis malas nak bergaduh .
Sebab tu kembi jadi adik kemba jadi kakak .

Thankss mama mak umi omma ibu sebab lahirkan kami . now semua orang jealous sebab kami kembar . thankss papa ayah abi appa baba sebab besarkan kami dengan sikap yang baik . thankss izzat my brother sebab selalu tegur kitaorang walaupun kitaorang selalu tak dengar cakap kau . thankss am my brother sebab selalu ada dengan kami time kami takut . thankss tok sebab jaga kami time kecik sehingga kami besar jadi seorang yang berguna .
Thankss kepada semua yang kenal kami yang kawan dengan kami .

Kami riuh bila berdua .
Kami bersatu bila berdua .
Kami selalu berdua .
Tetap bersama tegother .

Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Friday, 12 December 2014

now im realise

Assalamualaikum . entah kenapa hati kembi rasa sedih . rasa macam ada something yang kembi tak tahu . kadang-kadang kembi rasa gembira tapi hati kembi menangis .
Bila masuk semester 2 kat matrik ni . baru kembi sedar . apa yang kita buat akan kena balik kat kita . dulu kembi pinggir kawan sekolah kembi sebab kembi rasa macam kena khianat . kena tikam . sebab tu kembi lari dari dia .
Lepastu kembi munasabah diri kembi balik . kembi tak patut buat dia begitu . buat dia rasa tersisih sebab dia hanya ada kembi untuk share semua problem dia . kembi kawan balik even separuh dari hati kembi tak nak . tapi kembi fikir positif . mungkin ada hikmah apa yang dia buat tu kat kembi . last2 kembi dapat tahu . dia cerita kat kembi yang dia nak keluar dari matrik . first kembi rasa macam better kau keluar sebab kau akan menyusahkan kembi . tapi lama2 tu kembi fikir . mungkin ini yang terbaik buat dia . jalan yang perlu dia tempuhi . no more kawan yang boleh jaga dia tapi dia kena jaga diri dia sendiri . kembi nak dia belajar berdikari jangan bergantung harap kat kawan sebab dekat matrik dia bergantung kat kembi .
Bila dia dah takde . kembi rasa kehilangan sangat . kembi rasa lain . sebab dia selalu ada time kelas dengan kembi . okeyy kembi kena teruskan perjuangan . baru kembi sedar . apa yang kita buat akan reflect balik kat diri kita .
Kembi ada kawan . 2 orang . N and I . selalulah kembi dengan dorang . tapi kembi sedih bila dorang pinggirkan kembi . bila kelab koko suruh buat kertas kerja . kembi satu group dengan dorang ni and roommate kembi . time tu kembi tak pergi sebab kembi ada klinik memanah . bila kembi pergi bilik I . kembi cakaplah yang nanti nak buat kertas kerja panggil kembi . dia cakap petang . okey takpe . tapi bila petang tu . kembi mesej N . kembi cakap bila nak buat kertas kerja tu . and dia hantar sekarang . kembi cakap okey . kembi gi mandi . sepanjang mandi kembi terfikir kenapa yang I tak cakap pon . kembi mesej N kembi cakap takpelah sebab I tak cakap apa2 pon . kembi tanya N ni . dorang I and roommate kembi ada tak tanya pasal kembi . and N cakap tak . serius kembi rasa sedih . kembi menangis kat atas meja belajar .
Kembi bagitahu kawan kembi fazillah . dia tenangkan kembi . dia cakap takpe . malam tu I ni ajak kembi turun sebab nak buat kertas kerja . bila kembi cakap kat roommate kembi dia cakap just nak type je . kembi rasa sedih sangat . kenapa dia buat macam tu ? Mungkin sebab dia nak jawatan sebagai ketua . sebab mungkin I ni nampak yang jawatan ketua tu akan dapat kat kembi . sedangkan kembi taknak pon . kalau dah orang bagi kembi ambil . sebab kembi tak naklah sebab benda ni nak gaduh . kembi pergi . tapi dalam hati kembi menangis . sebab I buat macam tu . kembi fikir positif je . takpelah kalau nak buat kembi macam ni . mungkin ini balasan kembi sebab buat kat kawan yang kembi pinggirkan tu .
Lepas beberapa hari kembi terasa dengan N plak . bukan sebab apa . sebab kembi rasa dia cam tak suka kat kembi . okeyy positif . mungkin dia banyak masalah sebab tu dia macam tak layan kembi .
Lepas apa yang jadi kembi banyak diamkan diri . kembi banyak menyepi . sebab kembi sedar ini semua balasan .
Sekarang kembi kawan dengan semua orang walaupun tak suka . kembi cuba didik hati kembi untuk berkawan dengan orang yang kembi tak suka .
YaAllah ampunilah dosaku kerana berpura-pura . mungkin ini yang terbaik untuk dia kerna ku tak mahu menyakiti hatinya . aku cuba untuk berkawan tapi mengambil masa yaAllah . bukakanlah hati ini untuk terima dia . ampuni aku yaAllah .
Andai sesiapa yang terasa maafkan kembi . ini hanyalah luahan hati kembi yang tak dapat dibendung lagi . maaf dari hati yang ikhlas .
Nobody perfect !
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Thursday, 30 October 2014

stop thinking about not mahram guy .

Assalamualaikum . rasanya sudah lama kembi tak bercerita . sejak akhir-akhir ni perasaan kembi tak dapat dikawal . perasaan inginkan dia .

Tapi kembi selalu sedar bahawa apa yang kita nak tak semestinya dapat . kembi selalu buatkan diri ini nampak kerdil supaya kembi tak nak terus menerus inginkan dia .

Ini perasaan minat dekat dia . hati kembi dalam fasa ingin mencintai dia . tapi kembi selalu ingatkan diri kembi bahawa dia tak pernah sekali pun pandang atau tahu akan kembi . hanya kembi yang tahu akannya .
Sebab itulah kembi berusaha untuk melupakan dia dan dalam masa yang sama kembi hanya ingin mendekatkan diri kembi pada Allah . kembi hanya mampu berserah .

Bila kembi ceritakan semua ini pada kawan kembi . dia berpendapat bahawa kembi sudah jatuh cinta . tapi kembi tak nak cuma hati ini degil untuk mendengar kata-kata ini . kawan kembi kata kalau kau sukakan dia setiap kali solat kau doakan dia menjadi jodoh kau .

And now im not doing that . because kembi cuma minat akan dia . kembi tak terniat untuk menjadikan dia sebagai suami kembi . kembi berazam untuk melupakan dia dan tiada kenangan yang dapat kembi ingatkan .

Just think about your future first . and then you can find a better man to be your soulmate . now focus on study and don't make his name in your heart . if you truly love him and he doesn't you will dissapointed . so make a move from now . stop your heart and your mind from thinking about him . Tarwiyah always remember you can see a lot of handsome guy in future . so forget about him because you don't want to married before you get job . aja ! Aja ! Hwaiting

Nampak tak keparahan kembi di sini .

ingin meminati menjadi suka .
pabila dah suka terjatuhlah sayang .
sayang menjadi cinta .
apakan daya hati ini kuat inginkannya . biarlah masa menentukannya .
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Thursday, 16 October 2014

Segmen Bloglist Nov14 By AdeLine

Assalamualaikum . dah lama tak masuk mana-mana segmen . kembi just nak masuk untuk mengisi masa yang terluang . so let's check out !

Nak join ? Tekan banner ni yee ...




Join ramai-ramai !
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

My Dream Come True 2

Lalalalala ... Bosan . berhenti study sebentar sambil update . hehehe . mehh kembi nak bercerita . ececehh .

Changes

Seminggu duduk di korea membuatkan aleyya letih . letih dengan urusan yang perlu diselesaikan dengan segera .
Aleyya datang ke korea dengan menggunakan biasiswa yang diperoleh manakala mimi tidak . oleh itulah dia mahu mendapat segulung ijazah untuk membuatkan arwah ibu dan ayahnya bangga .
Hanya tiga bulan aleyya dan mimi dapat tinggal di asrama . ini kerana mereka pelajar degree jadi mereka perlu mencari rumah di luar .
Kini mereka tinggal di rumah sewa yang berhampiran dengan universiti . hanya aleyya, mimi dan rakan mimi 3 orang sahaja tinggal bersama .
Aleyya cuma ikut sahaja kerana papa dan mama mimi yang carikan . mimi mahu aleyya tinggal di dalam rumah itu bersamanya . pada mulanya segan juga ridak kenal dengan rakan-rakan mimi tapi lama kelamaan aleyya dapat menyesuaikan diri .
lagu arjuna beta nyanyian fynn berkumandang . aleyya cepat-cepat berlari ke arah meja belajarnya . telefon berjenama sony aleyya angkat .
"Anyeonghesayo auntie . aleyya sihat . dinner ?" Dengar sahaja perkataan dinner aleyya rasa dia patut mengelak .
"Pukul berapa tu auntie ?"
"Rasanya tak bolehlah auntie . aleyya ada hal time tu . aleyya minta maaf tak dapat join auntie dinner hari ni . lain kali maybe okey ." talian diputuskan .
Auntie suzan, adik sebelah ibunya . menetap di Korea hampir 13 tahun lamanya . berkahwin dengan lelaki Korea yang berkerja sebagai pengarah muzik di syarikat MusicHit Entertainment . setiap tahun mereka sekeluarga akan turun ke Malaysia untuk melawat saudara-saudara mereka .
Pada mulanya aleyya tidak ingat akan keluarga maksunya di korea . sudah dua tahun mereka tidak pulang ke Malaysia selepas ibunya meninggal . ayahnya juga meninggal tiga bulan selepas ibunya . oleh sebab itu aleyya tinggal bersama keluarga jirannya . kekok tapi mereka sudah menganggap aleyya seperti anak mereka .
Rutin aleyya dan mimi setiap hari sama . pergi ke kelas pada awal pagi . pulang ketika jam menginjak ke tiga petang barulah mereka pulang .
Tapi sejak sebulan mereka tinggal di korea . perangai mimi berubah . kelas pula kadang-kadang masuk kadang-ladang ponteng . setiap malam mimi dan rakannya akan keluar . balik pula hanya jam melepasi angka 3 . pada mulanya dia biarkan kerana tidak mahu masuk campur . tapi hampir dua bulan mereka masih begitu . aleyya bertekad malam ini dia akan menasihati mimi dan rakannya .
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Saturday, 11 October 2014

My Dream Come True

Here we come !

Say no to couple . itulah prinsip aleyya . bagi aleyya kalau nak bercinta terus kahwin tak payah nak couple bagai .
Marah betul aleyya bila kawan baiknya, mimi bercinta dengan lelaki yang sebaya dengan mereka . lepastu clash . dulu time nak bercinta tak bagitahu pon kat kawan baik sendiri . lepas dah putus baru cari aleyya .
Mimi seorang rakan yang memahaminya tapi itulah bila bercinta tak ingat dunia . puas nasihat kat dia tapi itulah .
Dia mengenali mimi pon sewaktu memasuki matrikulasi perak . satu bilik satu kuliah dan satu hati . mereka ibarat adik beradik asyik bersama tak pernah berenggang . berasal dari Selangor manakala aleyya dari KL .
Masa berlalu begitu pantas meninggalkan waktu yang lepas . setahun berlalu kini mereka sudah menginjak 19 tahun . masing-masing bawa haluan sendiri setelah menamatkan pengajian di matrik .
Tapi siapa sangka, ketentuan ilahi mereka dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara . negara yang diidamkan oleh semua rakyat Malaysia untuk pergi . Korea ! Here we come !
Dulu aleyya dan mimi berjanji untuk ke korea melanjutkan pelajaran di sana . mereka ke sana pon dengan dua tujuan . satu untuk berjaya dan kedua mahu berjumpa dengan artis-artis kpop . itulah angan-angan jadi kenyataan .

Lapangan Terbang Icheon, Korea

Siapa tak suka dapat menjejakan kaki ke korea . dari kecil bila aleyya sudah tahu apa itu kpop, dia ingin sekali ke korea . pada masa itu hanya sebab dia mahu berjumpa dengan artis korea sahaja . tapi umur mematangkan aleyya . bila difikirkan balik bukannya artis korea kenal dan berkawan dengannya . dia siapa mereka siapa .
Tapi tidak bagi mimi . jika dia mahu sesuatu dia akan dapatkan juga . mimi ke korea hanya dengan satu misi untuk mencari lelaki korea sebagai suaminya .
Aleyya pon mahu tapi baginya mustahil . dia bukan mimi yang cantik . anak orang kaya . dia hanyalah insan biasa yang tidak punyai apa-apa .
Jejak sahaja kaki aleyya di korea dia berazam pada dirinya sendiri . mahu berjaya dalam hidup dan berubah ke arah yang lebih baik .
Korea please make my dream come true . please be nice .
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

UPDATE

Assalamualaikum .
Nak update pon dah malas tapi kembi gagahkan juga . ye la sekarang ni dah belajar kat luar . tak belajar kat sekolah . tak duduk kat rumah . duduk rumah banyak masa . boleh ler update selalu . sekarang kembi dah malas nak mengupdate post baru .
Okey tak nak berceloteh panjang .
Cuma nak ingatkan semua . hidup perlulahh berbuat baik . buat baiklah terhadap manusia . alam . diri sendiri . tiga perkara .
Two weeks more before exam sem 1 . nervous . but still like this . lazy .
Duduk matrik kena rajin tapi kembi jadi malas . yaAllah berikanlahh hidayah untuk aku dan kuatkanlah imanku . berikanlah aku sifat rajin yaAllah . Amin ...

Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Monday, 8 September 2014

tired be a student

Assalamualaikum
Kembi here !

Tik tok tik tok tik tok
Jam berdetik
Bila kembi pandang je jam baru menunjukkan pukul 9.30 pagi .
Okeyy ! Serius kembi dah mengantuk .
Ingat pukul 10 dahh .
Bila kelas nak habisssss ???

Pengorbanan seorang pelajar



Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

Sunday, 24 August 2014

after two years

Assalamualaikum semua
Dua tahun kembi menyepi . biasalah busy dengan study bagai .
Dunia dah berubah kembi pon dah berubah . dulu macam budak-budak sekarang dah besar . now kembi nak update la sikit pasal kehidupan kembi .
Lepas je kembi habis SPM pada 2013 . kembi melanjutkan pelajaran ke matrikulasi perak di gopeng perak . kembi tak dapat pon keputusan SPM yang gempak tapi alhamdulillah la sebab kembi dapat melanjutkan pelajaran . memang susah masuk matrik ni sampai kadang-kadang rasa nak give up je tapi sebab kembi selalu fikirkan family kembi cuba bertahan . alhamdulillah kembi okey disini . nak tak nak kena buat juga kannn ? Okeylah semua nanti kembi update lagi ye .

Assalamualaikum

Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis