follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Sunday, 14 December 2014

miss my kemba

Assalamualaikum warga blogger . entah kenapa kembi rasa alone . maybe rindu keluarga kawan cikgu dan sekolah .
Bila kat matrik ni kembi kena survive sendiri . semuanya sendiri . dulu time sekoalh kembi tak pernah keseorangan . kerna kembi selalu ditemani dengan kembar . kawan dan keluarga . bila dah besar . semua berbeza . seorang kat utara seorang lagi kat selatan . terpisah jarak berbatu-batu . mengambil masa yang lama untuk bersua muka .
Bila jauh begini susah kembi untuk luahkan rasa hati ini . hanya telefon menjadi pengantaraan antara kami . rindu nak bercerita dengan kemba .
Rindu nak buat kerja sama-sama . rindu nak bebel kat dia . okey ! Kembi memang kuat membebel kat kembar kembi or kat orang yang kembi rapat .
Kembi memang senang kena buli . senang kena dengan kawan-kawan . snang kena maki . senang kena tipu . senang kena marah dengan orang . tapi kembar kembi selalu tolong kembi . tolong backup kembi . bila kitaorang berpisah no more kembar yang dapat protect kembi .
Bila kembi marah tapi kembi hanya diam sebab kembi tak boleh marah . so kembi akan suruh kemba kembi marahkan bagi pihak kembi . bila kembi sedih dia ada disisi temani kembi menangis .
Result kami pula macam on off je . bila sorang okey sorang keyo . bila sorang keyo sorang okey . tak pernah nak stabil . mungkin sebab kembi tak boleh duduk belakang kemba . sama juga kemba tak boleh duduk belakang kembi . kitaorang kena bergerak sama-sama . sebaris .
Oleh sebab itu bila kemba kata nak pindah matrik perak . kembi cakap tak payah . sebab kembi taknak kami berdua jatuh . kembi nak sama-sama naik dapat result yang sama .
Kembi cakap mungkin cara ni dapat tolong kami berdua dapat result yang okey . lagipon bila lagi nak berdikari . sekaranglah kena belajar hidup sendiri survive sendiri . tapi setiap hari kitaorang call mesej cerita semua problem . share perasaan semua .
Kembi kat sini nak cakap yang kembi rindu kemba . thanks for always support me . help me . be my shoulder . be my ear .

Okey kat sini kembi nak ceritalah sikit pasal gelaran kakak adik yang family selalu guna bila nak panggil kami berdua .
Kembi ni sebenarnya kakak dan kemba pulak adik . dulu family panggil kembi kakak kemba adik .tapi masa umur entah berapa tahun . time tu tak sekolah lagi . tiba-tiba kemba cakap nak jadi kakak . kembi pula masa tu tak kisah sangat . kembi pon cakaplah okey . sampai sekarang melekat sehingga tiada siapa yang perasan yang gelaran dah tukar . lagipun sifat kami yang berbeza dengan gelaran yang sebenar membuatkan kembi senang bila tukar . kemba seorang yang bersifat matang walau muka saja manja . seorang yang protect dan berpendirian . kalau kemba cakap A mesti A . no objection ! Tapi kembi lain . jenis tak kisah . seorang yang tak berani nak marah kecuali kalau dah tahap annoying memang kenalah . so susah nak nampak bila kembi marah sedih . muram memang selalu . mendung sentiasa . bila nak beli something . kembi suka ni tapi bila family cakap tu . kembi pon ikut . sebab jenis malas nak bergaduh .
Sebab tu kembi jadi adik kemba jadi kakak .

Thankss mama mak umi omma ibu sebab lahirkan kami . now semua orang jealous sebab kami kembar . thankss papa ayah abi appa baba sebab besarkan kami dengan sikap yang baik . thankss izzat my brother sebab selalu tegur kitaorang walaupun kitaorang selalu tak dengar cakap kau . thankss am my brother sebab selalu ada dengan kami time kami takut . thankss tok sebab jaga kami time kecik sehingga kami besar jadi seorang yang berguna .
Thankss kepada semua yang kenal kami yang kawan dengan kami .

Kami riuh bila berdua .
Kami bersatu bila berdua .
Kami selalu berdua .
Tetap bersama tegother .

Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

No comments: