follow kembi okey ! tinggalkan jejak korang di shoutbox supaya kembi senang nak usha blog korang !

kalau suke like jew

Friday, 12 December 2014

now im realise

Assalamualaikum . entah kenapa hati kembi rasa sedih . rasa macam ada something yang kembi tak tahu . kadang-kadang kembi rasa gembira tapi hati kembi menangis .
Bila masuk semester 2 kat matrik ni . baru kembi sedar . apa yang kita buat akan kena balik kat kita . dulu kembi pinggir kawan sekolah kembi sebab kembi rasa macam kena khianat . kena tikam . sebab tu kembi lari dari dia .
Lepastu kembi munasabah diri kembi balik . kembi tak patut buat dia begitu . buat dia rasa tersisih sebab dia hanya ada kembi untuk share semua problem dia . kembi kawan balik even separuh dari hati kembi tak nak . tapi kembi fikir positif . mungkin ada hikmah apa yang dia buat tu kat kembi . last2 kembi dapat tahu . dia cerita kat kembi yang dia nak keluar dari matrik . first kembi rasa macam better kau keluar sebab kau akan menyusahkan kembi . tapi lama2 tu kembi fikir . mungkin ini yang terbaik buat dia . jalan yang perlu dia tempuhi . no more kawan yang boleh jaga dia tapi dia kena jaga diri dia sendiri . kembi nak dia belajar berdikari jangan bergantung harap kat kawan sebab dekat matrik dia bergantung kat kembi .
Bila dia dah takde . kembi rasa kehilangan sangat . kembi rasa lain . sebab dia selalu ada time kelas dengan kembi . okeyy kembi kena teruskan perjuangan . baru kembi sedar . apa yang kita buat akan reflect balik kat diri kita .
Kembi ada kawan . 2 orang . N and I . selalulah kembi dengan dorang . tapi kembi sedih bila dorang pinggirkan kembi . bila kelab koko suruh buat kertas kerja . kembi satu group dengan dorang ni and roommate kembi . time tu kembi tak pergi sebab kembi ada klinik memanah . bila kembi pergi bilik I . kembi cakaplah yang nanti nak buat kertas kerja panggil kembi . dia cakap petang . okey takpe . tapi bila petang tu . kembi mesej N . kembi cakap bila nak buat kertas kerja tu . and dia hantar sekarang . kembi cakap okey . kembi gi mandi . sepanjang mandi kembi terfikir kenapa yang I tak cakap pon . kembi mesej N kembi cakap takpelah sebab I tak cakap apa2 pon . kembi tanya N ni . dorang I and roommate kembi ada tak tanya pasal kembi . and N cakap tak . serius kembi rasa sedih . kembi menangis kat atas meja belajar .
Kembi bagitahu kawan kembi fazillah . dia tenangkan kembi . dia cakap takpe . malam tu I ni ajak kembi turun sebab nak buat kertas kerja . bila kembi cakap kat roommate kembi dia cakap just nak type je . kembi rasa sedih sangat . kenapa dia buat macam tu ? Mungkin sebab dia nak jawatan sebagai ketua . sebab mungkin I ni nampak yang jawatan ketua tu akan dapat kat kembi . sedangkan kembi taknak pon . kalau dah orang bagi kembi ambil . sebab kembi tak naklah sebab benda ni nak gaduh . kembi pergi . tapi dalam hati kembi menangis . sebab I buat macam tu . kembi fikir positif je . takpelah kalau nak buat kembi macam ni . mungkin ini balasan kembi sebab buat kat kawan yang kembi pinggirkan tu .
Lepas beberapa hari kembi terasa dengan N plak . bukan sebab apa . sebab kembi rasa dia cam tak suka kat kembi . okeyy positif . mungkin dia banyak masalah sebab tu dia macam tak layan kembi .
Lepas apa yang jadi kembi banyak diamkan diri . kembi banyak menyepi . sebab kembi sedar ini semua balasan .
Sekarang kembi kawan dengan semua orang walaupun tak suka . kembi cuba didik hati kembi untuk berkawan dengan orang yang kembi tak suka .
YaAllah ampunilah dosaku kerana berpura-pura . mungkin ini yang terbaik untuk dia kerna ku tak mahu menyakiti hatinya . aku cuba untuk berkawan tapi mengambil masa yaAllah . bukakanlah hati ini untuk terima dia . ampuni aku yaAllah .
Andai sesiapa yang terasa maafkan kembi . ini hanyalah luahan hati kembi yang tak dapat dibendung lagi . maaf dari hati yang ikhlas .
Nobody perfect !
Terima kasih sebab sudi membaca sampai habis

No comments: